Memaparkan catatan dengan label JENIS TANIH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JENIS TANIH. Papar semua catatan

Selasa, 16 Ogos 2011

SIRI-SIRI TANAH KUMPULAN 2
























































Tanah terbentuk dari batuan endapan dan batuan metamorfik bergred rendah

SIRI APEK
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy: Aquic Hapludult, fine loamy, kaolinitic, isohyperthermic.
FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.
Sifat-sifat utama tanah:Putih (5Y 8/1, 8/2); sedikit arau merah kuning (7.5YR 6/6, 6/8); lom lempung berpasir halus, berstruktur blok bersegi dan prisma, saiz sedang hingga kasar, gred sederhana ke kuat; agak teguh ke teguh; sederhana dalam; agak tak sempurna salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes tinggi; horizon diagnosis kandik.
Halangan tanah:
Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius.
Kedalaman ke lapisan padat: Sederhana
Saliran: Sederhana.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.

Kumpulan 2
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 3t(cdGn); Terain berbukit : 4Gt(cdn); Terain curam : 5G(t)
Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air, dan membaiki struktur tanah.
Taburan:Johor, Pahang dan Terengganu.

SIRI BATU ANAM
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy:Aquic Paleudult, clayey, mixed, isohyperthermic.
FAO / UNESCO Legend: Heplic Acrisol
Sifat-sifat utama tanah:
Kelabu muda (10YR 7/1, 7/2) ke putih (10YR 8/1, 8/2); agak banyak arau kuning coklat merah (2.5Y 6/4) dan sedikit arau kuning merah (5YR 5/6); lempung ke lempung berlodak; berstruktur blok bersegi dan prisma, saiz sedang hingga kasar, gred kuat; teguh; sederhana dalam ke bahan induk; agak tak sempurna salir; terdapat di terain beralun hingga berombak; keupayaan pertukaran kation < 5-10 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.


Kumpulan 2
Halangan tanah:
Kecerunan: Kecil hingga sederhana.
Kedalaman ke lapisan padat: Serius.
Saliran: Sederhana.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun : 3t (cdn); Terain berombak : 3t (cdGn)
Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air, dan membaiki struktur tanah.
Taburan:Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.

SIRI BATU LAPAN
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy:Plinthic Hapludult, clayey-skeletal, kaolinitic, isohyperthermic.
FAO / UNESCO Legend: Plinthic Acrisol.
Sifat-sifat utama tanah:
Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); agak banyak arau merah (2.5YR 4/6); lempung berpasir halus, berstruktur blok subsegi, saiz sedang, gred sederhana; peroi ke teguh; sederhana dalam; lapisan yang mengandungi serpihan syal berlaterit (laterised shale fragments) antara 50-100 sm; salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation 5-10 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.
Halangan tanah:



Kumpulan 2
Kecerunan : Sederhana hingga sangat serius.
Kedalaman ke lapisan padat : Sederhana.
Ketidakseimbangan nutrien : Sederhana.
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 2cGnr; Terain berbukit : 3G(cnr); Terain curam : 5G
Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.


SIRI BUNGOR
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy:Typic Paleudult, Clayey, kaolinitic, isohyperthemic
FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.
siri Bungor patutnya ditulis "clayey, kaolinitic, isohyperthemic, Typic Paleudult". bukan Typic Paleudult, clayey, kaolinitic, isohyperthemic.
Sifat-sifat utama tanah: Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lempung berpasir halus; berstruktur blok subsegi, saiz halus hingga sedang, gred lemah ke sederhana; peroi; dalam; salir, terdapat di terain beralun hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) seklilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.
Halangan tanah:
Kecerunan: Kecil hingga sangat serius.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.

Kumpulan 2
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun: 2n(G); Terain berombak: 2Gnt; Terain berbukit : 3G(nt); Terain curam: 5G
Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:Di seluruh Semenanjung Malaysia.

SIRI CHAT
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy:Acrudoxie Paleudult, clayey, kaolinitic, isohyperthermic.
FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.
Sifat-sifat utama tanah: Kuning coklat (1-YR 6/6, 6/8) ke coklat pekat (7.5YR 4/6, 5/6, 5/8); lempung berat; berstruktur blok subsegi, saiz halus hingga sedang; gred lemah ke sederhana; peroi; dalam; salir; terdapat di terain beralun hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.
Halangan tanah:
Kecerunan: Kecil hingga sangat serius.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.




Kumpulan 2
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun : 2nt(G); berombak : 2Gnt; Terain berbukit : 3G(nt); Terain curam : 5G
Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:Daerah Lipis, Pahang dan Jajahan Kuala Krai, Kelantan.

SIRI DURIAN
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy:Plinthaquic Paleudult, clayey, mixed, isohyperthermic.
FAO / UNESCO Legend: Ferric Acrisol.
Sifat-sifat utama tanah:
Coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); agak banyak arau merah (2.5YR 4/6) pada kedalaman 70 sm dan bawah; lempung berlodak; berstruktur blok subsegi dan bersegi, saiz sedang hingga kasar, gred sederhana ke kuat; teguh; sederhana dalam; lapisan saprolit di antara 50 dan 100 sm; sederhana salir; terdapat di terain beralun hingga curam; keupayaan pertukaran kation 5-10 (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.
Halangan tanah:

Kumpulan 2
Kecerunan: Kecil hingga sangat serius.
Kedalaman ke lapisan padat: Sederhana.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.
Tekstur dan struktur: Serius.
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun : 3t (cn); Terain berombak : 3t(cGn); Terain berbukit : 4Gt(cn); Terain curam : 5G
Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:Johor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang.

SIRI KEDAH
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy:Ruptic-Lithic-Enthic Hapludult or Lithic Hapludult, fine loamy over fragmental, mixed, isohyperthermic.
FAO / UNESCO Legend: HaplicAcrisol, skeletic phase or Dystric Leptosol.
Sifat-sifat utama tanah:
Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lom lempung berbasir halus; berstruktur blok subsegi, saiz sedang, gred lemah ke sederhana; peroi; cetek; bulder batu pasir diantara 0 dan 50 sm; salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.
Halangan tanah:
Kumpulan 2
Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius.
Kedalaman ke lapisasn padat: Serius.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak: 4cR(Gn); Terain berbukit: 4cGR(n); Terain curam: 5G(cR)
Kesesuaian tanaman:Getah, buah-buahan dan agroperhutanan.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:Di seluruh Semenanjung Malaysia.


SIRI KEMUNING
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy:Typic Paleudult, clayey, kaolinitic, isohyperthermic.
FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol
Sifat-sifat utama tanah:
Coklat coklat buah zaitun (2.5Y 4/4) ke buah zaitun (5Y 5/3, 5/4, 5/6, 4/3, 4/4); lempung berpasir halus; berstruktur blok subsegi, saiz sedang hingga kasar; gred sederhana; peroi ke agak teguh; sederhana dalam; sederhana salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5-10 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.
Halangan tanah:
Kumpulan 2
Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius.
Kedalaman ke lapisan padat: Sederhana.
Saliran: Kecil.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 2cGn(d) Terain berbukit : 3G (cn); Terain curam : 5G.
Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:Johor, Kelantan, Perak dan Pahang.


SIRI KUAH
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy:Typic Hapludult, clayey over fragmental, mixed, isohyperthermic.
FAO / UNESCO Legend: Skeletic phase.
Sifat-sifat utama tanah:
Coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8) hingga ke kuning coklat (10YR 6/6, 6/8); lempung berpasir halus; berstruktur blok subsegi, saiz halus hingga sedang; gred sederhana; peroi hingga agak teguh; cetek; salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation 5-10 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.

Kumpulan 2
Halangan tanah:
Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius.
Kedalaman ke lapisan padat: Sederhana.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 4ct(Gn); Terain berbukit : 4cGt(n); Terain curam : 5G(ct).
Kesesuaian tanaman:Getah, buah-buahan dan agroperhutanan.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Mengganti dengan tanah tanpa batu.- Lubang tanaman lebih besar dan dalam..- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air
Taburan:Di seluruh Semenanjung Malaysia.


SIRI MARANG
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy:Typic Kandiudult, fine loamy, kaolinitic, isohyperthermic.
FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.
Sifat-sifat utama tanah:
Kuning pucat (2.5YR 7/4, 8/4 dan 5Y 7/3, 7/4, 8/3, 8/4); sedikit arau kuning merah (5YR 6/6); lom lempung berpasir halus; berstruktur blok subsegi, saiz sedang hingga kasar; gred sederhana; agak teguh; sederhana dalam; sederhana salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis kandik.
Halangan tanah:

Kumpulan 2
Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius.
Kedalaman ke lapisan padat: Sederhana.
Saliran: Kecil.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 2cdGn; Terain berbukit: 3G(cdn); Terain curam : 5G.
Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:Di seluruh Semenanjung Malaysia terutama di negeri Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu.


SIRI MUNCHONG
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy:Typic Hapludox, very fine, kaolinitic, isohyperthermic.
FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.
Sifat-sifat utama tanah: Coklat pekat (7.5YR 5/6, 5/8) ke kuning merah (7.5YR 6/6, 6/8); lempung berat; berstruktur blok subsegi; saiz halus, gred lemah ke sederhana; sangat peroi; dalam; sangat salir; terdapat di terain beralun hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis oksik.
Halangan tanah:
Kecerunan: Kecil hingga sangat serius.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana

Kumpulan 2
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun: 2nt(G); Terain berombak : 2Gnt; Terain berbukit: 3G(nt); Terain curam : 5G.
Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:Di seluruh Semenanjung Malaysia.


SIRI MUSANG
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy:Typic Paleudult, clayey, mixed, isohyperthermic.
FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.
Sifat-sifat utama tanah:
Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lempung berlodak; berstruktur blok subsegi ke bersegi, saiz sedang hingga kasar, gred sederhana; peroi ke agak teguk; dalam; salir; terdapat di terain berombak hingga curm; keupayaan pertukaran kation 5-10 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.
Halangan tanah:
Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana

Kumpulan 2
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain Terain berombak : 2Gn; Terain Berbukit: 3G(n); Terain Curam: 5G
Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.


SIRI NAMI
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy:Typic Hapludox, fine loamy over fragmental, mixed, isohyperthermic.
FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.
Sifat-sifat utama tanah:
Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lom lempung berpasir halus; berstruktur blok subsegi; saiz halus hingga sedag, gred lemah; peroi; sederhana dalam; batu pasir antara 50 dan 100 sm; salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.
Halangan tanah:

Kumpulan 2
Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius.
Saliran: Serius
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana
Tekstur dan struktur: Sederhana.
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 2cGnr; Terain berbukit: 3G(cnr); Terain buram: 5G
Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:Di Semenanjung Malaysia terutama di Negeri Kedah.


SIRI PADANG BESAR
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy:Typic Hapludult, clayey-skeletal, mixed, isohyperthermic.
FAO / UNESCO Legend: Plinthic Acrisol, Skeletic phase
Sifat-sifat utama tanah:
Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lempung berpasir halus; berstruktur blok subsegi, saiz sedang, gred sederhana; agak teguh ke teguh; cetek; lapisan yang mengandungi serpihan syal berlaterit antara 0 dan 10 sm; salir; terdapat di terain berombak hingga curam, keupayaan pertukaran kation 5-10 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.
Halangan tanah:

Kumpulan 2
Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius.
Kedalaman ke lapisan padat: Serius
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 3c(Gnr); Terain berbukit : 4cG(nr); Terain curam : 5G(c)
Kesesuaian tanaman:Getah, buah-buahan dan agroperhutanan.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.


SIRI POHOI
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy:Typic Kandiudult, clayey, kaolinitic, isohyperthermic.
FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.
Sifat-sifat utama tanah:
Coklat kuning muda (2.5Y 6/4); lempung berpasir halus; berstruktur blok subsegi; saiz sedang hingga kasar, gred sederhana; peroi hingga agak teguh; sederhana dalam; sederhana salir; terdapat di terain berombak ke curam; keupayaan pertukaran kation 5-10 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis kandik.
Halangan tanah:
Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius.
Kedalaman ke lapisan padat: Sederhana
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.

Kumpulan 2
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 2cGn(d); Terain berbukit : 3G(cn); Terain curam : 5G.
Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:Johor, Perak dan Pahang.


SIRI PRANG
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy:Typic Hapludox, very fine, kaolinitic, isohyperthermic.
FAO / UNESCO Legend: Rhodic Ferralsol.
Sifat-sifat utama tanah:
Merah kuning (5YR 4/6, 5/6, 5/8) hingga merah (2.5YR 4/6, 4/8, 5/6, 5/8); lempung berat; berstruktur blok subsegi; saiz halus, gred lemah; sangat peroi; dalam; sangat salir; terdapat di terain berombak ke curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis oksik.
Halangan tanah:
Kecerunan: Kecil hingga sangat serius.
Saliran: Serius
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.

Kumpulan 2
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun: 3D(nt); Terain berombak : 3D(Gnt); Terain berbukit : 4DG(nt); Terain curam : 5G(D)
Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:Di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Negeri Perlis dan Pulau Pinang.


SIRI SERDANG
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy:Typic Paleudult, fine loamy, kaolinitic, isohyperthermic.
FAO / UNESCO Legend: Haplic Acrisol.
Sifat-sifat utama tanah:
Coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8) ke coklat pekat (7.5YR 4/6, 5/6, 5/8); lom lempung berpasir halus; berstruktur blok subsegi; saiz halus hingga sedang, gred lemah; peroi; dalam; salir; terdapat di terain berombak ke curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis argilik.
Halangan tanah:
Kecerunan: Kecil hingga sangat serius.
Tekstur dan struktur: Sederhana.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.

Kumpulan 2
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain beralun: 2nt(G); Terain berombak : 2Gnt; Terain berbukit : 3G(nt); Terain curam : 5G
Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:Di seluruh Semenanjung Malaysia.

SIRI BESERAH
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy:Typic Hapludox, fine, kaolinitic, isohyperthermic.
FAO / UNESCO Legend: Xanthic Ferralsol.
Sifat-sifat utama tanah: Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lempung berkerikil, berstruktur blok subsegi, saiz halus hingga sedang, gred lemah; peroi; dalam; salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis oksik.
Halangan tanah:
Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.
Tekstur dan struktur: Sederhana.

Kumpulan 1
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 2 Gnt; Terain berbukit : 3G(nt); Terain curam : 5G
Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:Kebayakan di kawasan bukit granit di semua negeri.

PANDUAN SIRI-SIRI TANAH UTAMA DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Untuk tujuan perancangan pertanian, tiga aspek penting mengenai tanah adalah diperlukan, iaitu klasifikasi tanah, klasifikasi kesesuaian tanah dan tanaman serta penentuan kesesuaian tanaman. Maklumat-maklumat ini penting sebagai asas bagi amalan agronomi dan pengurusan tanah untuk jenis-jenis tanaman yang akan dimajukan.
Di Semenanjung Malaysia, unit asas yang digunakan bagi pemetaan tanah ialah siri tanah (soil series). Sistem klasifikasi tanah yang digunakan di Semenanjung Malaysia adalah berasaskan sistem “USDA Soil Taxonomy, 1992” yang telah diubahsuai mengikut keadaan tempatan. Dengan menggunakan sistem ini, nama siri-siri tanah dikenalpasti. Sehingga kini, lebih daripada 240 siri tanah telah diwujudkan dan disusun semula kepada 11 kumpulan berasaskan bahan induk, ciri-ciri tanah yang utama, landskap dan cara pembentukan tanah (Rajah 1). Kumpulan tersebut adalah:-
1 .Tanah yang terbentuk dari batuan igneus dan batuan metamorfik bergred tinggi.
2 .Tanah yang terbentuk dari batuan endapan dan batuan metamorfik bergred rendah.
3. Tanah yang terbentuk dari aluvium lama.
4. Tanah laterit.
5. Tanah yang terbentuk dari aluvium sungai terbaru.
6. Tanah yang terbentuk dari aluvium sungai hampir tua.
7. Tanah BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales)
8. Tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat.
9. Tanah lempung laut tidak berasid sulfat.
10. Tanah organan (gambut) cetek.


























KUMPULAN 1: Mengandungi tanah tetap (sedentary soils) yang salir dan berasal daripada batuan igneous dan batuan metamorfik pada terain berombak ke curam.



KUMPULAN 2: Mengandungi tanah tetap (sedentary soils) yang salir dan berasal daripada batuan igneous dan batuan metamorfik pada terain berombak ke curam.




KUMPULAN 3: Mengandungi tanah yang salir terjadi di atas aluvium lama dan didapati di atas landskap terubah (reworked landscape) yang bertopografi beralun dan berombak.



KUMPULAN 4: Terdiri dari tanah laterit yang terdapat di landskap pediman.



KUMPULAN 5: Berasl dari aluvium sungai yang terbaru pada elevasi yang rendah.



KUMPULAN 6: Terdapat di atas aluvium sungai yang hampir tua dan didapati pada kedudukan yang agak tinggi.



KUMPULAN 7: Mengandungi tanah di atas landskap BRIS khususnya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Tanah ini tidak subur, mempunyai lapisan albik dan spodik dan bertekstur pasir.



KUMPULAN 8: Terdiri dari tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat.



KUMPULAN 9: Tanah lempung laut yang tidak mempunyai ciri-ciri asid sulfat.



KUMPULAN 10: Tanah organan cetek.



KUMPULAN 11: Tanah organan yang sederhana dalam dan dalam.



Terdapat 5 kelas kesesuaian tanah dan beberapa subkelas. Kelas kesesuaian tanah dikenalpasti melalui bilangan dan tahap keparahan bagi halangan yang terdapat pada tanah tersebut. Subkelas pula menunjukkan ciri-ciri halangan tanah dan dikenalpasti melalui 9 faktor halangan tanah seperti kedalaman ke lapisan asid sulfat, kedalaman ke lapisan padat, saliran, kecerunan, ketidakseimbangan nutrien, keberbatuan, ketebalan lapisan organan, kemasinan dan struktur dan tekstur tanah. Kelima-lima kelas kesesuaian tanah menggambarkan potensi tanah untuk pembangunan pertanian berdasarkan kepada bilangan tanaman yang sesuai di tanam di dalam satu-satu kelas.



Kelas 1:Tanah yang tiada halangan atau halangan kecil sahaja kepada pertumbuhan tanaman. Sesuai untuk kebanyakan tanaman. Dengan menggunakan pengurusan yang sederhana sahaja, tanaman-tanaman tersebut dapat memberikan hasil yang lumayan.



Kelas 2:Tanah yang mempunyai satu atau lebih halangan sederhana kepada pertujmbuhan tanaman. Kesesuaiannya kurang sedikit berbanding dengan tanah kelas



1. Pengurusan yang sederhana diperlukan bagi mendapat hasil yang memuaskan. Amalan pengurusan yang mudah termasuk kawalan hakisan serta kerja pengairan dan saliran diperlukan.



Kelas 3:Tanah yang mempunyai satu halangan serius kepada pertumbuhan tanaman. Hanya sesuai untuk beberapa tanaman sahaja. Pengurusan yang tinggi diperlukan bagi membangun dan memulihkan tanah jenis ini untuk penghasilan jangkamasa yang panjang. Amalan-amalan pengurusan tanah sepeti pengawalan hakisan, pembajaan baja yang intensif, dan/atau kerja-kerja pengairan atau saliran yang melibatkan perbelanjaan sederhana, adalah perlu.



Kelas 4:Tanah yang mempunyai lebih daripada satu halangan serius kepada tumbuhan tanaman. Sesuai untuk sedikit tanaman sahaja ataupun tanaman tertentu. Pengurusan yang sangat tinggi diperlukan bagi mengekalkan penghasilan tanaman yang sederhana dan berterusan. Kerja-kerja pemuliharaan tanah perlu diberi sekiranya tanah ini akan digunakan bagi satu jangkamasa yang panjang. Tanah kelas ini selalu terdapat pada rupabumi berbukit yang menjadi satu halangan serius kepada penggunaan tanah untuk pembangunan tanah. Terdapat juga tanah-tanah lain dalam kelas ini seperti tanah asid sulfat dan gambut.



Kelas 5:Tanah yang mempunyai sekurang-kurangnya satu halangan yang sangat serius kepada pertumbuhan tanaman. Tanah di dalam kelas ini sangat kurang sesuai untuk pertumbuhan tanaman. Adalah lebih baik jika tanah ini dibiar untuk tumbuhan hutan sekiranya ia tidak digunakan untuk perbandaran, perlombongan dan kuari.
Kelas kesesuaian tanah pula dibahagikan kepada subkelas kesesuaian tanah berdasarkan jenis dan tahap keparahan halangan tanah. Berasaskan halangan-halangan ini, subkelas kesesuaian tanah akan menjadi panduan untuk penentuan kesesuaian tanaman, pengurusan kesuburan dan pemuliharaan tanah. Perbezaan yang nyata antara kelas kesesuaian tanah dan subkelas kesesuaian tanah ialah kelas kesesuaian tanah bergantung kepada bilangan dan tahap keparahan halangan tanah manakala subkelas kesesuaian tanah menekankan kepada jenis dan tahap keparahan halangan tanah. Apabila kelas kesesuaian tanah dan subkelas kesesuaian tanah disatukan, maklumat mengenai bilangan, jenis dan tahap keparahan akan diperolehi. Sebagai contoh: Siri Bungor yang mempunyai keupayaan pertukaran kation kurang daripada 10 cmol (+) sekilogram tanah dan terletak di atas rupabumi beralun (2o-6o), halangan-halangan tanah ini ialah:-
Halangan sederhana : Ketidak seimbangan nutrienHalangan kecil: Kecerunan 2”-6”
Oleh kerana siri tanah ini mempunyai satu halangan sederhana, maka mengikut definisi, ianya dikelaskan sebagai kelas kesesuaian tanah 2. Jenis halangan sederhana ialah ketidak seimbangan nutrien. Halangan kecil ialah kecerunan.



PENENTUAN KESESUAIAN TANAMAN
Faktor-faktor utama yang diambilkira untuk menentukan kesesuaian tanaman adalah iklim, tanah dan terain. Penentuan kesesuaian tanaman yang berasaskan iklim dibuat dengan menggunakan sistem “Agroecological Regions in Peninsular Malaysia” oleh MARDI. Manakala penentuan kesesuaian tanaman dari segi tanah dan terain adalah berdasarkan kepada sistem “Soil-Crop Suitability Classification for Peninsular Malaysia” oleh Jabatan Pertanian. Tanaman yang didapati sesuai di sesuatu tempat dengan “Agroecological Regions in Peninsular Malaysia” akan ditentukan kesesuaian mutamadnya dengan sistem “Soil-Crop Suitability Classification for Peninsular Malaysia”. Taraf kesesuaian tanaman dibahagikan kepada 3 peringkat, iaitu:-
Sesuai (Suitable):Tanah yang tidak mempunyai sebarang halangan ataupun hanya sedikit penghalang terhadap pertumbuhan dan penghasilan tanaman. Penghasilan dapat diperbaiki dengan pengurusan sederhana, contohnya: kesuburan tanah.



Sederhana Sesuai (Marginally Suitable):Tanah yang mempunyai beberapa halangan yang mungkin mendatangkan bahaya terhadap penghasilan atau pertumbuhan tanaman. Input-input pengurusan yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Contohnya: kawasan kurang salir yang memerlukan sistem saliran untuk memperbaiki keadaan tanah.



Tidak Sesuai (Unsuitable):Tanah yang mempunyai halangan-halangan merbahaya kepada pertumbuhan dan penghasilan tanaman. Hasil yang memuaskan hanya mungkin diperolehi dengan pengurusan yang tinggi. Contohnya: kawasan yang sangat curam ataupun selalu ditenggelami air yang sukar disalirkan.