KERJA KURSUS GEOGRAFI
Kertas 2
Februari – Julai
1. Kerja Kursus ini mengandungi dua tugasan: Tugasan 1 dan Tugasan 2.
2. Setiap tugasan disertakan dengan Panduan Penskoran.
3. Pilih sama ada Tugasan 1 atau Tugasan 2.
4. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan.
ARAHAN KEPADA CALON
Calon hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pelaksanaan Dan Penilaian Kerja Kursus Geografi 23/2 dalam pelaksanaan kerja kursus ini.
1. Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Geografi.
2. Calon PMR dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Geografi dari Februari hingga Julai berpandukan senarai semak.
3. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru dalam pemilihan tugasan. Kajian hendaklah dijalankan di tempat tinggal atau kawasan sekolah calon yang tidak melebihi 5 kilometer persegi.
4. Calon mesti melaksanakan kesemua aspek kerja kursus untuk mencapai tahap :
Kod 1: Cemerlang,
Kod 2: Kepujian atau
Kod 3: Memuaskan.
Kod 4: Mencapai sebahagian tahap penguasaan minimum.
5. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta geografi.
6. Calon boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara individu.
7. Fakta geografi yang dikumpul hendaklah didokumentasikan dalam bentuk laporan dapatan kajian. Laporan dapatan kajian hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 400 patah perkataan mengikut format yang ditetapkan.
8. Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer pada kertas saiz A4 sahaja. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2 . 0. Penggunaan komputer / foto dalam kajian tidak mempengaruhi pemarkahan.
9. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak.
10. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan.
11. Rujukan hendaklah ditulis dengan format penulisan yang betul.
12. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus
dilaksanakan.
13. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap aspek. Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai.
TUGASAN 1: AMALAN KITAR SEMULA
Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang amalan kitar semula di kawasan kajian.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
• Konsep kitar semula
• Jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula
• Kepentingan kitar semula
• Masalah / halangan amalan kitar semula
• Langkah / cadangan mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian
ATAU
TUGASAN 2: MIGRASI DALAMAN PENDUDUK
Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang migrasi dalaman penduduk
di kawasan kajian.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
• Konsep migrasi dalaman penduduk
• Pola migrasi dalaman penduduk
• Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk
• Kesan migrasi dalaman penduduk
• Cadangan untuk mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan