Selasa, 16 Ogos 2011

PANDUAN SIRI-SIRI TANAH UTAMA DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Untuk tujuan perancangan pertanian, tiga aspek penting mengenai tanah adalah diperlukan, iaitu klasifikasi tanah, klasifikasi kesesuaian tanah dan tanaman serta penentuan kesesuaian tanaman. Maklumat-maklumat ini penting sebagai asas bagi amalan agronomi dan pengurusan tanah untuk jenis-jenis tanaman yang akan dimajukan.
Di Semenanjung Malaysia, unit asas yang digunakan bagi pemetaan tanah ialah siri tanah (soil series). Sistem klasifikasi tanah yang digunakan di Semenanjung Malaysia adalah berasaskan sistem “USDA Soil Taxonomy, 1992” yang telah diubahsuai mengikut keadaan tempatan. Dengan menggunakan sistem ini, nama siri-siri tanah dikenalpasti. Sehingga kini, lebih daripada 240 siri tanah telah diwujudkan dan disusun semula kepada 11 kumpulan berasaskan bahan induk, ciri-ciri tanah yang utama, landskap dan cara pembentukan tanah (Rajah 1). Kumpulan tersebut adalah:-
1 .Tanah yang terbentuk dari batuan igneus dan batuan metamorfik bergred tinggi.
2 .Tanah yang terbentuk dari batuan endapan dan batuan metamorfik bergred rendah.
3. Tanah yang terbentuk dari aluvium lama.
4. Tanah laterit.
5. Tanah yang terbentuk dari aluvium sungai terbaru.
6. Tanah yang terbentuk dari aluvium sungai hampir tua.
7. Tanah BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales)
8. Tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat.
9. Tanah lempung laut tidak berasid sulfat.
10. Tanah organan (gambut) cetek.


























KUMPULAN 1: Mengandungi tanah tetap (sedentary soils) yang salir dan berasal daripada batuan igneous dan batuan metamorfik pada terain berombak ke curam.



KUMPULAN 2: Mengandungi tanah tetap (sedentary soils) yang salir dan berasal daripada batuan igneous dan batuan metamorfik pada terain berombak ke curam.




KUMPULAN 3: Mengandungi tanah yang salir terjadi di atas aluvium lama dan didapati di atas landskap terubah (reworked landscape) yang bertopografi beralun dan berombak.



KUMPULAN 4: Terdiri dari tanah laterit yang terdapat di landskap pediman.



KUMPULAN 5: Berasl dari aluvium sungai yang terbaru pada elevasi yang rendah.



KUMPULAN 6: Terdapat di atas aluvium sungai yang hampir tua dan didapati pada kedudukan yang agak tinggi.



KUMPULAN 7: Mengandungi tanah di atas landskap BRIS khususnya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Tanah ini tidak subur, mempunyai lapisan albik dan spodik dan bertekstur pasir.



KUMPULAN 8: Terdiri dari tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat.



KUMPULAN 9: Tanah lempung laut yang tidak mempunyai ciri-ciri asid sulfat.



KUMPULAN 10: Tanah organan cetek.



KUMPULAN 11: Tanah organan yang sederhana dalam dan dalam.



Terdapat 5 kelas kesesuaian tanah dan beberapa subkelas. Kelas kesesuaian tanah dikenalpasti melalui bilangan dan tahap keparahan bagi halangan yang terdapat pada tanah tersebut. Subkelas pula menunjukkan ciri-ciri halangan tanah dan dikenalpasti melalui 9 faktor halangan tanah seperti kedalaman ke lapisan asid sulfat, kedalaman ke lapisan padat, saliran, kecerunan, ketidakseimbangan nutrien, keberbatuan, ketebalan lapisan organan, kemasinan dan struktur dan tekstur tanah. Kelima-lima kelas kesesuaian tanah menggambarkan potensi tanah untuk pembangunan pertanian berdasarkan kepada bilangan tanaman yang sesuai di tanam di dalam satu-satu kelas.



Kelas 1:Tanah yang tiada halangan atau halangan kecil sahaja kepada pertumbuhan tanaman. Sesuai untuk kebanyakan tanaman. Dengan menggunakan pengurusan yang sederhana sahaja, tanaman-tanaman tersebut dapat memberikan hasil yang lumayan.



Kelas 2:Tanah yang mempunyai satu atau lebih halangan sederhana kepada pertujmbuhan tanaman. Kesesuaiannya kurang sedikit berbanding dengan tanah kelas



1. Pengurusan yang sederhana diperlukan bagi mendapat hasil yang memuaskan. Amalan pengurusan yang mudah termasuk kawalan hakisan serta kerja pengairan dan saliran diperlukan.



Kelas 3:Tanah yang mempunyai satu halangan serius kepada pertumbuhan tanaman. Hanya sesuai untuk beberapa tanaman sahaja. Pengurusan yang tinggi diperlukan bagi membangun dan memulihkan tanah jenis ini untuk penghasilan jangkamasa yang panjang. Amalan-amalan pengurusan tanah sepeti pengawalan hakisan, pembajaan baja yang intensif, dan/atau kerja-kerja pengairan atau saliran yang melibatkan perbelanjaan sederhana, adalah perlu.



Kelas 4:Tanah yang mempunyai lebih daripada satu halangan serius kepada tumbuhan tanaman. Sesuai untuk sedikit tanaman sahaja ataupun tanaman tertentu. Pengurusan yang sangat tinggi diperlukan bagi mengekalkan penghasilan tanaman yang sederhana dan berterusan. Kerja-kerja pemuliharaan tanah perlu diberi sekiranya tanah ini akan digunakan bagi satu jangkamasa yang panjang. Tanah kelas ini selalu terdapat pada rupabumi berbukit yang menjadi satu halangan serius kepada penggunaan tanah untuk pembangunan tanah. Terdapat juga tanah-tanah lain dalam kelas ini seperti tanah asid sulfat dan gambut.



Kelas 5:Tanah yang mempunyai sekurang-kurangnya satu halangan yang sangat serius kepada pertumbuhan tanaman. Tanah di dalam kelas ini sangat kurang sesuai untuk pertumbuhan tanaman. Adalah lebih baik jika tanah ini dibiar untuk tumbuhan hutan sekiranya ia tidak digunakan untuk perbandaran, perlombongan dan kuari.
Kelas kesesuaian tanah pula dibahagikan kepada subkelas kesesuaian tanah berdasarkan jenis dan tahap keparahan halangan tanah. Berasaskan halangan-halangan ini, subkelas kesesuaian tanah akan menjadi panduan untuk penentuan kesesuaian tanaman, pengurusan kesuburan dan pemuliharaan tanah. Perbezaan yang nyata antara kelas kesesuaian tanah dan subkelas kesesuaian tanah ialah kelas kesesuaian tanah bergantung kepada bilangan dan tahap keparahan halangan tanah manakala subkelas kesesuaian tanah menekankan kepada jenis dan tahap keparahan halangan tanah. Apabila kelas kesesuaian tanah dan subkelas kesesuaian tanah disatukan, maklumat mengenai bilangan, jenis dan tahap keparahan akan diperolehi. Sebagai contoh: Siri Bungor yang mempunyai keupayaan pertukaran kation kurang daripada 10 cmol (+) sekilogram tanah dan terletak di atas rupabumi beralun (2o-6o), halangan-halangan tanah ini ialah:-
Halangan sederhana : Ketidak seimbangan nutrienHalangan kecil: Kecerunan 2”-6”
Oleh kerana siri tanah ini mempunyai satu halangan sederhana, maka mengikut definisi, ianya dikelaskan sebagai kelas kesesuaian tanah 2. Jenis halangan sederhana ialah ketidak seimbangan nutrien. Halangan kecil ialah kecerunan.



PENENTUAN KESESUAIAN TANAMAN
Faktor-faktor utama yang diambilkira untuk menentukan kesesuaian tanaman adalah iklim, tanah dan terain. Penentuan kesesuaian tanaman yang berasaskan iklim dibuat dengan menggunakan sistem “Agroecological Regions in Peninsular Malaysia” oleh MARDI. Manakala penentuan kesesuaian tanaman dari segi tanah dan terain adalah berdasarkan kepada sistem “Soil-Crop Suitability Classification for Peninsular Malaysia” oleh Jabatan Pertanian. Tanaman yang didapati sesuai di sesuatu tempat dengan “Agroecological Regions in Peninsular Malaysia” akan ditentukan kesesuaian mutamadnya dengan sistem “Soil-Crop Suitability Classification for Peninsular Malaysia”. Taraf kesesuaian tanaman dibahagikan kepada 3 peringkat, iaitu:-
Sesuai (Suitable):Tanah yang tidak mempunyai sebarang halangan ataupun hanya sedikit penghalang terhadap pertumbuhan dan penghasilan tanaman. Penghasilan dapat diperbaiki dengan pengurusan sederhana, contohnya: kesuburan tanah.



Sederhana Sesuai (Marginally Suitable):Tanah yang mempunyai beberapa halangan yang mungkin mendatangkan bahaya terhadap penghasilan atau pertumbuhan tanaman. Input-input pengurusan yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Contohnya: kawasan kurang salir yang memerlukan sistem saliran untuk memperbaiki keadaan tanah.



Tidak Sesuai (Unsuitable):Tanah yang mempunyai halangan-halangan merbahaya kepada pertumbuhan dan penghasilan tanaman. Hasil yang memuaskan hanya mungkin diperolehi dengan pengurusan yang tinggi. Contohnya: kawasan yang sangat curam ataupun selalu ditenggelami air yang sukar disalirkan.

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. KALAU RUJUK RAJAH PEMBAHAGIAN DAN TAKSONOMI TANAH, BUKANNYA SIRI TANAH
    RUJUK JABATAN PERTANIAN BAHAGIAN TANAH/SOIL.

    CONTOH SIRI TANAH:
    1) BUMGOR
    2) PRANG
    3) BATU ANAM

    MAKLUMAT SIRI2 INI PENTING BAGI KESESUAIAN TANAMAN DAN BACAAN SEJARAH KEADAAN TANAH, SERTA SIFAT-SIFAT TANAH.

    boleh juga rujuk buku (Buku Panduan Panduan Tanah Utama)

    BalasPadam