Selasa, 16 Ogos 2011

SIRI BESERAH
Klasifikasi Tanah:
USDA Soil Taxonomy:Typic Hapludox, fine, kaolinitic, isohyperthermic.
FAO / UNESCO Legend: Xanthic Ferralsol.
Sifat-sifat utama tanah: Kuning coklat (10YR 6/6, 6/8) ke coklat kuning (10YR 5/4, 5/6, 5/8); lempung berkerikil, berstruktur blok subsegi, saiz halus hingga sedang, gred lemah; peroi; dalam; salir; terdapat di terain berombak hingga curam; keupayaan pertukaran kation < 5 cmol (+) sekilogram tanah; ketepuan bes rendah; horizon diagnosis oksik.
Halangan tanah:
Kecerunan: Sederhana hingga sangat serius.
Ketidakseimbangan nutrien: Sederhana.
Tekstur dan struktur: Sederhana.

Kumpulan 1
Kelas dan subkelas kesesuaian tanah:Terain berombak : 2 Gnt; Terain berbukit : 3G(nt); Terain curam : 5G
Kesesuaian tanaman:Kelapa sawit, koko, getah, kelapa, buah-buahan dan tanaman jangka pendek.
Pengurusan:- Pembinaan teres yang sesuai dan penanaman tanaman penutup bumi untuk kawalan hakisan tanah.- Pembajaan yang sempurna.- Pemuliharaan kelembapan dengan sungkupan.- Pengairan terutamanya dalam musim kemarau.- Penggunaan bahan organik untuk mempertingkatkan daya pegangan nutrien dan air.
Taburan:Kebayakan di kawasan bukit granit di semua negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan