Memaparkan catatan dengan label KURSUS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KURSUS. Papar semua catatan

Ahad, 27 Jun 2010

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU
KE ARAH
KEBERKESANAN, KECEMERLANGAN, KEHEBATAN, KEJAYAAN


OLEH
ABD GHAFAR BIN IBRAHIM
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia
Alor Setar, Kedah

OBJEKTIF CERAMAH
Perkongsian Ilmu dan Pengalaman sebagai pendidik
Pada akhir cerarnah, peserta diharap akan dapat:
Memahami tugas seorang guru daripada pengalaman penceramah sebagai Nazir Sekolah; Gambaran tentang guru yang berkesan dalarn dan luar bilik darjah


Renungan

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Maternatician yang popu’ar
Jika hari ini seorang teknologis yang berjaya
Jika hari ini seorang Profesor terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa,
Dengan lembut dan sabamya mengajar tulis, baca, kira

FPK

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberiikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara’

Guru oh guru

Ibarat pokok yang besar,
Perdu tempat menyandar,
Dahan tempat bergantung,
Rendang tempat berteduh,
Akar mencengkam bumi.

Ibarat matahari

Kehadirannya sentiasa dinanti, dihargai
Bunga berkembang pagi hari.
Ayam berkokok riang di hati.
Pemergiannya tidak dingini.

KE MANA KITA SEBENARNYA?


Renungan
HAK MURID MENDAPATKAN ILMU
HAK GURU MENYAMPAIKAN ILMU


GURU MENJADI PENYELAMAT
dan
GURU MENJADI PENGKHIANAT

Jika
DOKTOR PAKAR SALAH MEMBUAT PEMBEDAHAN
SEORANG PESAKIT AKAN MAUT

Seandainya

SEORANG GURU TIDAK MENYAMPAIKAN ILMU YANG BENAR
BERIBU-RIBU MENJADI MANGSA


Apakah standard Pangajaran

Apakah Pengajaran
Pengajaran adalah aktiviti atau proses seperti menyoal, menerangkan, mendengar, dan menggalakkan sesuatu dengan tujuan supaya murid belajar”
Syarifah Alwiah Alsagof


Tujuan mengajar ialah ialan untuk mengubah tingkahlaku dan kelakuan, dan juga untuk membolehkan pembelajar mendapat pengetahuan atau kepercayaan baru.
Thomas Green

PENGAJARAN BERKESAN

AKTIVITI YANG DIREKA BENTUK DAN DILAKSANAKAN SECARA TERANCANG DAN
TERATUR BERASASKAN ILMU DAN TEORI PEDAGOGI SESUAI DENGAN MATA PELAJARAN YANG DIAJAR DAN MENYEBABKAN MURID BERUBAHPERANGAI ATAU TINGKAH LAKUNYA.

PEMBELAJARAN BERKESAN

INSAN YANG DIDIDIK ITU BERUBAH DAN TERANGKAT PINDAH DARI PAKSI ASALNYA
APA YANG DIKEHENDAKI IALAH INSAN YANG KENAL-NYATA-KENDIRI DENGAN PENUH KESEDARAN DAN BERSENGAJA.

Petua Seorang Guru

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.
Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, Ada murid bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, Ramai murid pandal berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, Tak akan tahu murid bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, Dikenang murid sepanjang masa.

Jaapar Yusof
Guru Besar
SK Pa)ong 12 (F), Gemas, Negeri Sembilan.

Kepimpinan guru yang berkualiti di bilik darjah menjadi faktor kritikal dan penentu kepada keberkesanan pendidikan.

Datuk Abdul Rafie Mahat
Ketua Pengarah Pendidikan Mataysia.
16 Februari 2001.

Secara umum guru yang berkesan ialah:
Guru yang berilmu (content knoledge)
Guru yang mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pedagogical knowledge and pedagogical content knowledge)
Guru yang mempunyai sahsiah yang boleh menjadi contoh teladan dan ikutan kepada golongan yang dipimpin.
Antara ciri-ciri sahsiah yang perlu dimiliki ialah peribadi dan tingkah laku yang mulia, menggunakan bahasa yang standard dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan usaha yang dilakukan.







CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

Sahsiah
Bertakwa
Berakhlak
Berperibadi mulia
Mempunyai komitmen
Bersopan santun
Bersikap positif
Berkebolehan memimpin
Mengamalkan budaya ilmu

Ketrampilan
Merancang P&P
Mengurus P&P
Memilih strategi P&P
kemahiran Teknologi
Kemahiran Generik
Kemahiran Kaunseling
Menilai P&P

Ilmu
Isi kandungan mata pelajaran Pedagogical Content Knowledge
Bahan
Kaedah
Teknologi

GURU YANG PROFESIONAL

Penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid.
Penyubur— minat, bakat dan kebolehan murid.
Guru — wadah kepada murid membina daya pemikiran yang analitikal, kritikal dan kreatif.
Perlukan kemahiran yang tinggi.

Kerja
Kualiti dan kuantiti kerja
Melaksanakan kerja dalam tempoh yang ditetapkan
Menggembleng seluruh tenaga dan sumber dengan cekap
Menghayati peraturan

Komunikasi
Kecekapan berkomunikasi yang tinggi
Kebijaksanaan mewujudkan suasana permuafakatan
‘P R’/ Public Relation yang baik
Bercakap dengan lemah lembut
Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik.
Bercakap benar.
Menggunakan perkataan yang baik.
Menyesuaikan bahasa dan si percakapan dengan tahap kecerdasan pendengar.
Berbahas dengan cara yang lebih baik.
Menyebut perkara yang penting berulang-kali.
Mengambil kira pandangan dan fikiran orang lain.

Berpengetahuan Terhadap Mata Pelajaran Yang Diajar

Pengetahuan isi kandungan I ‘content knowledge’
Pengetahuan pedagogi asas —prinsip dan strategi.
Pengetahuan kurikulum — BBM, P&P.
Pengetahuan konteks pendidikan.

Apa Guru Boleh Buat
‘CaringAttitude’
Rasa ‘concerned’
Hormat (respect/positive regards)
Penerimaan tanpa prasangka (acceptance)
Mudah didampingi (approachability)
Bersikap dan bertindak secara adil
Menjadi peran contoh (‘Role-Model)
Galakkan komunikasi (open communication)
Bersikap menyokong (supportive)
Meluaskan bacaan dan mengamalkan ilmu bermanfaat.

‘SIKAP NEGATIF MURID
PUNCA GURU MERADANG

‘SIKAP NEGATIF GURU
PUNCA MURID KECUNDANG’

RUMUSAN DAPATAN PEMERIKSAAN DI SEKOLAH
1. Pedagogi berpusatkan guru bukan murid; 2. Guru banyak bersyarah;
3. Alat Bantu mengajar (ABM) kurang digunakan dan ada yang tidak sesuai;
4. Pendekatan yang tidak pelbagai —banyak ‘chalk and talk;
5. Banyak memberi pengetahuan dan kurang memudah cara;
6. Banyak menggunakan kaedah kelas;
7. Tidak mengambil kira kepe~bagaian potensi individu;
8. Pemulihan dan pengayaan kurang dijalankan;
9. Banyak menggunakan ‘stimulus-response’ — prinsip utama pengajaran jarang digunakan;
10. Soalan yang dikemukakan banyak menguji ingatan sahaja;
11. Murid kurang diberi peluang mengemukakan pendapat dan bersoaljawab;
12. Aktiviti P & P lebih berfokus kepada mengingat pengetahuaan tambahan.
13. Tidak banyak berfikir tentang sesuatu perkara;
14. Murid kurang diberi latihan;
15. Murid tidak sedar apa yang dipelajari; dan
16. Murid tidak tahu kenapa salah atau betul.

TUGAS GURU KINI
BUKANLAH UNTUK MENYEMPURNAKAN PROSES PEMBELAJARAN,
TETAPI

UNTUK MELANJUTKANNYA;
BUKANLAH UNTUK MELIPUTI MATA PELAJARAN,
TETAPI

UNTUK MEMBANTU MURID MEMAHAMI PROSES MEMPEROLEH PENGETAHUAN;
BUKANLAH UNTUK MENGGALAKKAN JAWAPAN,
TETAPI

MENYOAL JAWAPAN YANG DIBERI;
BUKANLAH MENEGASKAN PENGHAFALAN DAN SEKADAR MENYEMAK SEMULA
TETAPI

UNTUK MEMBINA SATU PROGRAM APLIKASI PRAKTIKAL;
BUKANNYA MENYOGOK
TETAPI

MEMBIMBING MURID KE ARAH SATU KEHIDUPAN
YANG LEBIH BERTANGGUNGJAWAB DAN SEMPURNA.

















PESANAN
BESTARI

•KALAU KITA TAK BOLEH JADI MERANTI YANG BERDIRI MEGAH DI PUNCAK BUKIT, JADILAH AUR,
AUR YANG ANGGUN DI KAKI BUKIT.

•KALAU KITA TAK BOLEH JADI TERATAI YANG CANTIK DI DADA KOLAM, JADILAH KIAMBANG,
KIAMBANG YANG SEGAK DI GIGI KOLAM.

KALAU KITA TAK. BOLEH JADI BULAN YANG CANTIK DI LANGIT, JADILAH BINTANG,
BINTANG YANG BERCAHAYA TERANG MENYINARI SELURUH ALAM.

SEKIAN, TERIMA KASIH
Tajuk
Memantapkan Guru Cemerlang Selaras Dengan Visi dan Misi KPM

Oleh

Hj. Osman bin Toroh
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia
Alor Setar, Kedah

Tarikh
23 JUN 2010

Tempat

Bilik Seminar SMK Kuala Nerang

Slogan

GURU CEMERLANG - SEKOLAH GEMILANG - PADANG TERAP TERBILANG


Di akhir taklimat, Guru Cemerlang akan dapat:
  • Memahami konsep Guru Cemerlang
  • Mengetahui tugas dan peranan Guru Cemerlang
  • Mengetahui bidang sumbangan sebagai Guru Cemerlang


MISI KPM
DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara’ AP 96

FPK

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberiikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara’ AP96

117. Ketua Nazir hendaklah:

(a) bertanggungjawab, dengan kerjasama mana-mana pihak berkuasa yang dilantik oleh Menteri, bagi memastikan bahawa taraf (standard) pengajaran yang memuaskan diwujudkan (is developed) dan dikekalkan di institusi pendidikan.

JNJK menakrifkan standard:

‘suatu nilai tara atau ukur tara atau sukat tara atau aras atau tahap yang ditetapkan atau dikehendaki mesti dicapai mengikut atau memenuhi suatu set kriteria yang ditetapkan’

Objektif/ Konsep Guru Cemerlang

  • Pengiktirafan kepada guru yang cemerlang di bilik darjah
  • Meningkatkan pencapaian kualiti P&P
  • Menjadi role model
  • Meningkatkan motivasi guru
  • Meningkatkan kecemerlangan sekolah
  • Memperluas peluang kenaikan pangkat
  • Naik pangkat tetapi kekal mengajar di bilik darjah
  • Kenaikan pangkat cara ‘laluan Iaju’ (KUP)
  • Kerjaya Sebagai Guru Cermerlang

LALUAN EMAS - (GOLDEN EXPRESS WAY)


Definisi Guru Cemerlang
  • Berpengetahuan
  • Berkemahiran
  • Berkepakaran
  • Berdedikasi
  • Bermotivasi

---------- secara berterusan ---------



Ciri-Ciri Guru Cemerlang
  • Peribadi
  • Pengetahuan & Kemahiran
  • Hasil Kerja
  • Komunikasi
  • Potensi
  • Sumbangan Kepada Kemajuan Pendidikan Negara
  • Kriteria Guru Cemerlang Yang Berkesan

Peribadi
  • Komited terhadap visi, misi dan etika sekolah
  • Komited kepada tugas dan tanggungjawab
  • Mengamalkan keikraman, adil dan bertimbang rasa
  • Disiplin diri yang tinggi
  • Daya kepimpinan yang tinggi


Potensi

  • Berwawasan
  • Berupaya menangani masalah dan cabaran
  • Peka kepada perubahan
  • Proaktif, kreatif dan inovatif

Kerja

  • Kualiti dan kuantiti kerja
  • Melaksanakan kerja dalam tempoh yang ditetapkan
  • Menggembleng s&uruh tenaga dan sumber dengan cekap
  • Menghayati peraturan

Pengetahuan dan kemahiran

  • Berusaha meningkatkan pengetahuan a Merancang, mengatur dan melaksanakan
  • Berkebolehan dan berani membuat keputusan selaras dengan matlamat dan wawasan sekolah
Komunikasi

  • Kecekapan berkomunikasi yang tinggi
  • Kebijaksanaan mewujudkan suasana permuafakatan
  • ‘PR’! Public Relation yang baik

Prinsip Berkomunikasi Dalam Islam

  • Bercakap dengan lemah lembut
  • Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik
  • Bercakap benar
  • Mengambil kira pandangan dan fikiran orang lain

Ilmiah

  • Dapat menghasilkan kertas kerja/kertas cadangan/kertas konsep/buku
  • Dapat melaksanakan Kajian Tindakan/Research and Development

Apa Guru Cemerlang boleh buat

  • Bersikap dan bertindak dengan adil
  • Menjadi peran contohan (Role-Model)
  • Galakkan komunikasi (open communication)
  • Bersikap penyokong (supportive)
  • Meluaskan pembacaan dan mengamalkan ilmu bermanfaat

Peranan Dan Tanggungjawab Guru Cemerlang

1. Membuat perancangan pengajaran dan melaksanakan pengajaran matapelajaran (m/p) kepakaran:

  • Menyediakan Rancangan Pengajaran
  • Mengajar m/p atau bidang kepakaran
  • Merancang dan melaksanakan tugas
  • Menentukan status semasa pencapalan Take-Off-Value).
  • Mengamalkan kaedah/strategi P&P yang kreatif dan terkini.
  • Mengenalpasti secara spesifik kelemahan dan kekuatan murid.
  • Menyediakan program pengayaan bagi murid cemerlang dan pemulihan bagi berprestasi rendah.
  • Memantau, melapor dan menganalisis kemajuan pencapaian akademik setiap murid yang diajar.

2. Memimpin dan membantu tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan m/p kepakaran I bidang pengkhususan

  • Menjadi ahli panitia m/p kepakaran
  • Menjadi pakar rujuk m/p kepakaran
  • Membantu mengatasi kelemahan dan membimbing murid dalam m/p.
  • Menyelaras penyediaan rancangan strategik, taktikal dan operasi P&P.
  • Merancang dan menjadi fasilitator dalam bengkel peningkatan profesionalisme guru.
  • Menjadi penasihat persatuan akademik m/p kepakaran atau bidang pengkhususan.
  • Merancang dan melaksana aktiviti kokurikulum yang boleh membantu meningkatkan prestasi akademik murid.
  • Menyediakan laporan kemajuan setiap murid dalam aktiviti kokurikulum, m/p kepakaran atau bidang pengkhususan

3. Menjadi pakar rujuk, memberi nasihat dan membimbing guru dalam m/p kepakaran.

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti perkembangan staf dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
  • Menjadi mentor kepada guru dalam bidang pedagogi berkaitan strategi pengajaran
  • Memberi maklum balas kemajuan guru kepada GB/Pengetua dan guru berkenaan
  • Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada guru di institusi persekitaran yang memerlukan kepakaran.

4. Menjalankan kajian, rnenghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan, meneroka inovasi
dan penemuan baru serta membentangkan hasil

  • Menjalankan kajian dan/atau inovasi dalam m/p kepakaran / bidang pengkhususan
  • Menghasilkan penulisan/artikel berkaitan pendidikan khasnya dalam m/p kepakaran atau bidang pengkhususan
  • Membentang hasil kajian/penulisan berkaitan m/p kepakaran atau bidang pengkhususan untuk perkongsian ilmu
  • Selain peranan dan tanggungjawab yang berkenaan, guru cemerlang juga perlulah:
  • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian di KementerianPelajaran Malaysia
  • Menjalankan tugas berkaitan m/p kepakaran / bidang pengkhususan yang diarahkan dan semasa ke semasa dengan kebenaran Guru Besar/Pengetua/Ketua Jabatan

Guru Cemerlang juga bertanggungjawab memaklumkan secara rasmi sebarang perubahan dan segi pertukaran jawatan, penempatan dan apa juga perubahan daripada status perkhidmatan kepada Bahagian Sumber Manusia serta Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Ibu Pejabat dan Negeri.

Bidang latihan yang perlu dikuasai oleh Guru Cemerlang:

  • Kemahiran Kaunseling
  • Kemahiran Berkomunikasi
  • Pengurusan Krisis dan Risiko
  • Kernahiran Menguruskan Stress
  • TQM
  • Kemahiran Perundingan
  • Pengurusan Kepimpinan
  • Program Pembangunan Profesional Berterusan
  • Kursus, seminar dan bengkel
  • Sandaran
  • Program Penandarasan
  • Sabatikal
  • On-the-job training
  • Coaching/Mentoring

Seorang Guru Cemerlang yang berkesan pada pandangan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti adalah seorang yang profesional, mempunyai ciri-ciri kecemerlangan dan dapat melaksanakan tugas­tugas pengurusan serta melaksanakan P&P dengan terbaik.


SIKAP NEGETIF MURID - PUNCA GURU MERADANG’

‘SIKAP NEGETIF GURU - PUNCA MURID KECUNDANG’


Good Luck and All The Best.

Sekian, Terima Kasih Wassalam


Hj. Osman bin Toroh
JNJK Alor Setar, Kedah