Memaparkan catatan dengan label BENTUK MUKA BUMI MALAYSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BENTUK MUKA BUMI MALAYSIA. Papar semua catatan

Rabu, 21 September 2011

Kepentingan Kawasan Tanah Pamah

1. Kawasan tanah pamah di Malaysia penting sebagai kawasan tumpuan penduduk.

2. Selain itu, ia juga penting sebagai kawasan petempatan. Banyak petempatan di Malaysia dibina di tanah pamah. Contohnya petempatan bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Kuching.

3. Pertanian juga sesuai dijalankan di kawasan tanah pamah.

4. Di tanah pamah, sesuai juga dibina kilang. Contohnya Petaling Jaya dan Shah Alam dijadikan sebagai pusat industri.

5. Kawasan tanah pamah yang rendah dan rata ini memudahkan pembinaan jaringan pengangkutan. Misalnya lebuhraya utara - selatan dibina di sepanjang tanah pamah. Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pulau Pinang pula dibina di Tanah Pamah Sepanjang pinggir laut.

Kepentingan Kawasan Tanah Tinggi

1) Kawasan pembalakan

  • Hutan Malaysia terutamanya tanah tinggi Sabah dan Semenanjung Malaysia menghasilkan kayu berharga seperti merbau, meranti, cengal dan hasil hutan lain seperti rotan dan buluh.

2) Kawasan tadahan air dan legeh

  • Kawasan tadahan air bagi beberapa batang sungai seperti Sungai Perak dan Sungai Pahang.

3) Pelancongan

  • Contoh kawasan: Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting, Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Bendera.
  • Terdapat juga gua batu kapur yang dijadikan kawasan pelancongan Seperti Gua Niah, Gua Mulu di Sarawak dan gua Sam Poh, Perak

4) Tapak penjanaan kuasa hidro elektrik

  • Empangan Chenderoh, Empangan Kenyir, Empangan Batang Ai (Sarawak), Empangan Tenom Pangi (Sabah).

5) Kawasan pertanian (Tanaman Hawa Sederhana)

  • Sesuai untuk menanam tanam-tanaman hawa sederhana seperti teh, bunga, sayur-sayuran dan buah-buahan seperti di cerun-cerun bukit di Tanah Cameron.
  • Tanah tinggi Cameron menghasilkan kira-kira 75 peratus daripada jumlah pengeluaran teh di Malaysia.

Selasa, 20 September 2011

Kawasan Tanah Tinggi di Malaysia

A. Kawasan Tanah Tinggi di Semenanjung.
  • Terdiri daripada rangkaian banjaran gunung dan dataran tinggi.
  • rangkaian ini berpunca dari Dataran Tinggi yunnan di pedalaman Negara China merentasi Thailand dan menganjur dari utara ke selatan semenanjung.
  • Banjaran gunung di Semenanjung merupakan banjaran gunung lipat tua yang stabil.
  • Kemuncak rangkaian banjarannya rendah kerana telah mengalami haksan yang serius.
  • Rangkaian banjarannya tinggi dan lebar di utara tetapi rendah dan sempit ke selatan.
  • Banjaran gunung utama di Semenanjung Malaysia ialah :
  1. Banjaran Kedah - Singgora
  2. Bamjaran Bintang
  3. Banjaran Keledang
  4. Banjaran Titiwangsa
  5. Banjaran Benom
  6. Banjaran Tahan
  7. Banjaran Pantai Timur
- Banjaran Nakawan
  • Bannjaran terpanjang ialah Banjaran Titiwangsa (480 km) dan dikenali sebagai 'Tulang Belakang semenanjung. Puncak tertingginya ialah gunung Korbu (2183 meter).
  • Gunung Tahan (2187 meter) terletak di Banjaran Tahan merupakan gunung tertinggi di semenanjung.
B. Kawasan Tanah Tinggi di Sabah dan Sarawak
  • Meliputi sebahagian besar negeri Sabah terutama di bahagian tengah.
  • Tanah tingginya dibentuk oleh gabungan beberapa banjaran seperti;
8. Banjaran Crocker
9. Banjaran Trusmadi
10. Banjaran Brassey
11. Banjaran Tama Abu
12. Banjaran Horse
13. Banjaran Iran
14. Banjaran Kapuas Hulu
15. Bannjaran Kelingkan
16.
17. Dataran Tinggi Usun Apau

  • Banjaran Crocker merupakan banjaran tertinggi dengan ketinggian antara 1 200 meter sehingg 1 800 meter.
  • Gunung Kinabalu (4 095 meter) merupakan kemuncak tertinggi di banjaran Crocker dan merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
  • Banjaran Crocker ini bersambung dengan Banjaran Tama Abu di Sarawak.
  • Sebahagian besar negeri Sarawak bergunung ganang terutama kawasan pedalaman yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia.
  • Sistem banjaran di Sarawak terletak selari dengan sempadan Sarawak-Kalimantan. Antaranya Banjaran Kapuas, Pergunugan Iran dan Tama Abu menjadi sempada Malaysia-Indonesia.
  • Tanah tinggi di Sarawak semakin merendah ke kawasan barat dan utara.
  • Gurung Murud (2 425 meter) merupakan gunung tertinggi di Sarawak yang terletak di Banjaran Tama Abu.