Memaparkan catatan dengan label GURU CEMERLANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GURU CEMERLANG. Papar semua catatan

Khamis, 13 Januari 2011

VISA DAN MISI GURU CEMERLANG

VISI

Membantu memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui penglibatan menyeluruh dan efektif Guru Cemerlang dalam sistem pendidikan di Malaysia.

MISI

Memastikan sumbangan yang berkesan dalam meningkatkan perkhidmatan pendidikan di Malaysia dalam konteks Pengajaran dan Pembelajaran di bilik darjah, pembinaan budaya pembelajaran yang kondusif di sekolah dan budaya kerja rakan sejawat.

KONSEP GURU CEMERLANG

* Guru Cemerlang ditakrifkan sebagai seorang guru istimewa, dedikasi dan bermotivasi, yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi datam bidang tugasnya, hasil daripada himpunan petbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan berterusan pada sepanjang tempoh perkhidmatannya.

* Guru Cemerlang mempunyai kuatiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladani serta sentiasa mempunyai mutu kerja yang cemerlang.

* Sentiasa berterusan, Guru Cemerlang berusaha membentuk akhlak mulia dan membuktikan peningkatan prestasi akademik serta kokurikuium murid / pelajarnya.

* Kepakaran dan kecemerlangan itu dikenal pasti menerusi penilaian dalam aspek berikut:

KECEMERLANGAN PERIBADI

KECEMERLANGAN PENGETAHUAN

KEMAHIRAN KECEMERLANGAN KERJA

KECEMERLANGAN KOMUNIKASI

KECEMERLANGAN POTENSI

SEJARAH GURU CEMERLANG

Perkhidmatan Pelajaran Malaysia telah mengalami perubahan dalam pelbagai aspek perkhidmatan termasuk sistem saraan. Perubahan Sistem Saraan Perkhidmatan Pelajaran ini adalah berasaskan program penambahbaikan sektor awam kerajaan. Selari dengan usaha ini pelbagai pakej sistem saraan dan insentif yang menarik telah diperkenalkan dalam sistem saraan perkhidmatan pelajaran. Saraan dan insentif tersebut bertujuan meningkatkan martabat keguruan seperti yang telah dinikmati pada masa kini.

Sebelum tahun 1994, sistem dan kenaikan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran berdasarkan kekosongan jawatan kenaikan pangkat. Sistem kenaikan pangkat itu secara moving up is moving out. Hal ini bermakna seseorang guru yang dinaikkan pangkat akan menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan meninggalkan sepenuh masa atau sebahagian tugas mengajar.

Pada tahun 1993, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan anjakan paradigma dengan menghantar memorandum kepada kabinet yang bertajuk “SISTEM KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN CADANGAN KE ARAH MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN MENGHASILKAN GURU YANG CEMERLANG”.

Memorandum ini mencadangkan satu sistem dan kaedah kenaikan pangkat bagi perkhidmatan keguruan di Malaysia.

Pada tahun 1994, sistem dan kaedah kenaikan tersebut telah diluluskan oleh Kabinet. Dengan itu, diwujudkan jawatan dan pangkat Guru Cemerlang secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Jawatan dan pangkat ini untuk mengikhtiraf guru yang benar-benar cemerlang dalam mata pelajaran yang di ajar atau dalam bidang pengkhususan masing-masing. Jawatan dan pangkat ini juga selari dengan usaha memartabatkan profesion keguruan.

Pelaksanaan kaedah kenaikan jawatan dan pangkat Guru Cemerlang itu adalah untuk mencapai tujuan berikut:

memberikan pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau pengkhususan masing-masing;

meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran;

menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain;

meningkatkan motivasi guru;

meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang;

memperluas peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran;

membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran, dan

menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred lebih tinggi secara laluan pantas (fast track), Khas Untuk Penyandang.

Selaras dengan tujuan tersebut, pemilihan Guru Cemerlang (GC) telah dilakukan dengan menitikberatkan kualiti yang tinggi demi menjaga martabat profesionalisme kerjaya keguruan.

Pada tahun 1995, kerajaan telah melantik kumpulan pertama guru sebagal Guru Cemerlang atas Gred DG2 dan DGA5. Penyempurnaan watikah perlantikan Guru Cemerlang pertama itu telah disempurnakan pada 20 Jan 1995 di Dewan Pusat Perkembangan Kurikulum, Jalan Duta oleh mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ketika itu, iaitu Tan Seri Dato’ Dr Wan Zahid bin Nordin. Pada masa itu, Menteri Pelajaran Malaysia ialah Dato’ Sen Najib Tun Razak yang kini adalah Perdana Menteri Malaysia.

Pada permulaan sejarah Guru Cemerlang, kuota jawatan dan pangkat Guru Cemerlang sebanyak 1,000 orang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan 1,600 orang bagi Pegawal Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD). Oleh itu, pengisian jawatan Guru Cemerlang telah dibuat pada setiap tahun berdasarkan kuota yang diperuntukkan. Penilaian Guru Cemerlang pada masa tersebut adalah melalui instrumen yang melibatkan pengetua, rakan sejawat dan murid.

Era kesinambungan laluan pantas (fast track) Guru Cemerlang telah dimartabatkan lagi. Dalam ucapan perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2003 di PISA, Pulau Pinang, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi (yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu) menyatakan hasrat untuk meningkatkan jawatan dan pangkat Guru Cemerlang ke Gred JUSA C. Beliau telah mengulangi hasrat tersebut apabila mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad. Komitmen beliau itu telah dinyatakan sekali lagi semasa ucapan perasmian Sambutan Han Guru Peringkat Kebangsaan di Selangor pada tahun 2004. Selaras dengan pengumuman tersebut, Jemaah Nazir Jaminan Kualiti telah diberi tanggungjawab mengenal pasti, membuat pencalonan dan menilai calon-calon Guru Cemerlang yang layak. Calon-calon yang dikenalpasti telah melalul proses penilaian yang ketat oleh Jemaah Nazir, Institut Aminuddin Baki dan juga pakar-pakar mata pelajaran dan bidang berkaitan daripada universiti tempatan. Setelah melepasi penilaian tersebut, calon-calon telah menghadiri sesi temuduga oleh pihak pengurusan tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan wakil Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pada tanggal 4 Januari 2005, majlis penyampaian watikah Pengetua Cemerlang JUSA C dan Guru Cemenlang DG54 telah disempurnakan oleh mantan Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein di P1CC, Putrajaya. Seramai 28 orang Guru Cemerlang telah ditauliahkan sebagai Guru Super atau Guru Cemerlang DG54.

Pada tahun 2006, seramai 6 orang daripada kumpulan tersebut telah dinaikkan jawatan dan pangkat sebagai Guru Cemerlang Gred Khas C.

Pada Oktober 2006, kuota jawatan dan pangkat Guru Cemerlang telah ditambah lagi kepada 5,374 orang untuk PPPS dan 4,000 PPPLD. Jawatan dan kenaikan pangkat Guru Cemerlang ini meliputi pelbagai gred, iaitu daripada DGA32, DGA34, DG44, DG48, DG52, DG54 hingga ke Gred Khas C.

Pada tahun 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan pasukan khas (task force) pula bagi mengisi jawatan dan pangkat Guru Cemerlang berdasarkan kuota yang telah disediakan itu. Pengisian tersebut telah melibatkan semua lapisan guru sama ada guru di sekolah rendah, menengah dan Institut Pendidikan Guru. Usaha ini dilihat sebagai satu usaha yang selaras dengan gagasan kepimpinan negara hari ini iaitu IMalaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kini terdapat lebih kurang 10, 000 orang Guru Cemerlang dengan seramai 23 orang telah dilantik sebagai Guru Cemerlang Gred Khas C.

Jumaat, 5 Februari 2010

ASPEK KEPRIHATINAN GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Oleh: Hj. Rodzli HashimGuru Cemerlang Geografi
SMK Dato’ Syed Omar, Lebuhraya Sultanah,05350 Alor Star, Kedah

rodzli_mgc@yahoo.com / hp: 012 475 8442 /
rodzligcgeografi.blogspot.co

Thursday, march 19, 2009


1. Pengenalan

1.1 Pelanggan utama guru iaitu pelajar dalam sebuah kelas berasal dari berbagai latar belakang keluarga, masyarakat, emosi, tahap pengetahuan dan persekitaran fizikal tertentu.

1.2 Kepelbagaian latar belakang ini akan mempengaruhi tingkahlaku, pembelajaran, kesediaan belajar dan emosi mereka setiap hari.

1.3 Kegagalan guru mengesan, memahami, membaca dan mentafsir kepelbagaian latar belakang pelajar ini akan memberi impak tertentu terhadap proses P&P guru dan pelajar.

1.4 Oleh itu aspek keprihatinan guru terhadap pelajar semasa P&P amat penting demi memastikan P&P dapat berlangsung dalam suasana harmonis, ceria, difahami, disenangi dan memberi impak mendalam dalam diri pelajar.


2. Konsep “keprihatinan guru “

2.1 Keprihatinan guru dalam kertas kerja ini bermaksud guru melakukan pengamatan dan pemerhatian sosial, menzahirkan empati dan simpati terhadap kepelbagaian latar belakang pelajar.

2.2 Pengamatan berlaku dalam aspek :a) Sosial – tingkahlaku pelajar, komunikasi inter-personal , bentuk dan cara tulisanb) Emosi – wajah , air muka , gerak badan ( bahasa badan ) , hasil kerjac) Fizikal – pakaian, kekemasan , kebersihan

2.3 Aspek pengamatan di atas menjadi indikator penting kepada guru untuk memahami latar belakang kehidupan dan peribadi pelajar untuk melangsungkan kesan pengajaran

2.4 Kegagalan mempraktikan keprihatinan ini mungkin menjadikan :a) Pelajar tertentu tercicir dari memahami pengajaran gurub) Pelajar dinafikan haknya untuk memberi penjelasan situasic) Hukuman guru bertukar menjadi “deraan” fizikal dan emosid) Pelajar mengalami “defisit “ motivasie) Kelas tidak ceria, penuh ketakutan dan tidak menyeronokkan


3. Impak keprihatinan terhadap P&P guru

3.1 Berdasarkan pemerhatian guru terhadap kumpulan pelajar
dalam kelasnya, maka guru hendaklah :a) Membuat persediaan pengajaran yang baik
b) Menggunakan pendekatan dan kaedah P&P yang berkesan
c) Mengaplikasi kreativiti dan inovasi dalam P&P
d) Menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai
e) Menyediakan bahan bantu mengajar yang serasi dengan kaedah P&P dan kesediaan pelajar.

3.2 Guru bolehlah mengamalkan :
a) P&P mesra pelajar – mengambil kira aspek emosi, hubungan mesra dan “rasa” bertanggungjawab yang tinggi untuk memahamkan pelajar.

b) P&P realistik – pengajaran yang menampilkan contoh sebenar yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar – pengajaran kontekstual, konstruktif

c) P&P berbantukan ICT – penerokaan terus, akses kendiri , alat penyediaan bahan pengajaran atau medium penyampai pengajaran

d) P&P penyertaan pelajar – pelajar melibatkan diri secara aktif semasa proses P&P

e) Mewujudkan “iklim hubungan guru-murid” yang meransang pembinaan konsep kendiri serta minat pembelajaran.

4. Rumusan

Keberkesanan P&P ditentukan oleh keserasian kaedah pengajaran guru dengan kesediaan murid untuk menerima pengajaran4.2 Murid perlu bersedia dari segi emosi, psikologi, kognitif dan motivasi sebelum proses pembelajaran berlangsung.4.3 Keprihatinan guru terhadap aspek latar belakang diri pelajar menjadi indikator penting untuk memastikan adakah P&P guru berkesan .

Rujukan:
1. Zuraidah Abdul Rahman ( 2006), Fasilitator Kelompok Kecil, IBS Buku, Petaling Jaya

2. Dr Rohizani Yaakob, et.all ( 2003), Pedagogi, Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan, PTS Publication, Pahang

3. Koleksi Kajian Kes Pengurusan Pendidikan Jilid 4,(2004), IAB Genting Highlands

4. Mohd Salleh Lebar ( 1998), Sosiologi Sekolah Dan Pendidikan, Thinkers Library,Selangor

5. Prosiding Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2008, Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti, Putrajaya.

Isnin, 11 Januari 2010

KERTAS KERJA : IDEA PENGURUSAN BILIK DARJAH – Ke Arah P&P yang Efektif dan Menjimatkan

Oleh : Hj.Rodzli Hashim
Guru Cemerlang Geografi
SMK Dato’ Syed Omar

1. Pengenalan:

1.1 Keadaan bilik darjah untuk P&P masa kini :
a) Saiz antara 20-25 kaki x 24-30 kaki
b) Jumlah kerusi/meja ditempatkan : 35 – 45 buah
c) 1 meja guru
d) 1 “plug power” terletak di tiang tepi tengah bilik – menyukarkan guru untuk memasang komputer/laptop – guru perlu membawa “ex-plug”.
e) Beberapa kelas dipasang sistem audio (speaker box )untuk penggunaan komputer – tetapi tidak menyeluruh.Pemasangan melalui tender pusat . Ada yang tidak berfungsi.
f) Beberapa kelas dipasang sistem LCD dan skrin secara tender pusat. Namun ada yang tidak berfungsi kerana kerosakan teknikal, masalah keselamatan dan cara pemasangan yang menyebabkan mudah dirosakkan oleh pelajar.
g) Beberapa kelas dipasang skrin untuk tayangan LCD secara tender pusat .Tetapi skrin tersebut dipasang menutup papan hitam. Sepatutnya dipasang di sudut depan kelas selaras dengan saranan teknik pemasangan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.
h) Kebanyakan kelas berkeadaan cerah kerana tiada tirai penggelap untuk membolehkan tayangan LCD di skrin lebih jelas.
i) Sebahagian besar bilik darjah di sekolah hanya mempunyai meja,kerusi,meja guru, papan hitam dan papan kenyataan.

1.2 Masalah yang timbul akibat situasi bilik darjah masa kini :
a) Guru sukar untuk menggunakan alatan teknologi ( ICT / audio-video ) untuk memastikan P&P berkesan kerana faktor-faktor para 1.1 di atas.
b) Kedudukan “plug power” menyukarkan guru untuk menggunakan alatan audio atau laptop dan LCD.
c) Pengurusan sekolah sering meminta guru melakukan P&P yang terbaik, menggunakan alat bantu yang sesuai, memanfaatkan ICT yang disediakan oleh kerajaan. Namun keadaan-keadaan di atas menjadi penghalang. Sedangkan kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk ICT di bilik darjah.
d) Pemasangan LCD dan skrin untuk semua bilik darjah melibatkan kos yang sangat tinggi.

2. Cadangan
2.1 Ke arah mengurangkan kos atau penjimatan dan keberkesanan pengajaran :
a) Gantikan tender pemasangan skrin dan sistem LCD dengan sistem TV LCD atau TV Plasma kerana kaedah ini lebih murah dan efektif.
b) Perbandingan kos : Sistem LCD dan ICTAlatan Anggaran RM1 unit LCD EPSON RM 4 000.00 – 6 000.00 *1 unit skrin RM 250.00 – RM 300.00Set “connecting system” dan “ kotak gantung LCD” RM 2 000.00Tirai menggelapkan bilik ( 1 buah bilik ) RM 1 000.00 – 1 5000.00Sistem speaker / auido RM 1 000.00JUMLAH KOS RM 8 250.00 – 10 800.00• Harga pasaran semasa

Kelemahan lain penggunaan LCD :
• Guru hanya boleh guna laptop dan LCD sahaja untuk P&P• Tanpa tirai, bilik menjadi cerah dan LCD kurang jelas
• Proses pemasangan alatan oleh guru lebih rumit dan memakan masa. “Setting” LCD ke laptop kadangkala menimbulkan masalah “keserasian” LCD-jenis laptop.
• LCD mempunyai jangkahayat “bulb” dan kos menggantinya sangat tinggi ( anggaran RM 1000.00 – 1 500.00 satu )Sistem TV LCD atau TV PlasmaAlatan Anggaran RM1 unit TV LCD / Plasma 42 inci RM 3 000.00 – 5 000.00 *1 unit skrin Tak perluTirai menggelapkan bilik ( 1 buah bilik ) Tak perlu Sistem speaker / auido Tak perlu JUMLAH KOS RM 3 000.00 – 5 000.00
• Harga pasaran semasa bergantung kepada saiz tv
• TV LCD lebih jelas dan terkini berbanding tv plasmaKelebihan penggunaan tv LCD / Plasma:
• Guru boleh guna laptop melalui “tv out put” ke skrin tv
• Saiz tv 36 – 42 inci boleh meliputi pandangan sebuah kelas
• Tak perlu tirai penggelap bilik kerana skrin tv boleh dilihat dengan jelas walaupun dalam keadaan bilik terbuka
• Guru boleh menggunakan siaran tv semasa mengajar.
• Skrin tayangan tidak perlu lagi – menjimatkan kos dan penyelenggaraan.
• Tv lebih murah kos penyelenggaraan kerana tiada jangkahayat .
• TV LCD / Plasma masa kini boleh dipasang secara gantung di hadapan kelas – lebih selamat dan sukar untuk dicuri.
• Proses pemasangan alatan sebelum mengajar lebih ringkas dan cepat : “On Tv” , “On laptop” dan tekan butang “tv out put “. Penggunaan ICT boleh terus dilaksanakan.
• Pada masa terluang atau masa guru ganti – pelajar boleh ditayangkan dengan siaran TV pendidikan yang kini menjadi isu kurang digunakan oleh guru. Selama ini, jika guru ingin menggunakan TV Pendidikan, ia perlu membawa pelajar ke Pusat Sumber atau bilik yang ada TV serta perlu sesuaikan masa kelas dengan masa tv pendidikan.
• Dalam jangka panjang, sekolah boleh mewujudkan sistem sambungan tv kelas dengan berpusat di pejabat sekolah – memudahkan sebaran maklumat dan siaran semasa.Contoh tv LCD / Tv Plasma Penggunaan tv plasma dalam P&P di negara maju

2.2 Cadangan plan bilik darjah moden / kondusif kepada inovasi P&P :almari Papan putih pintu K O R Meja murid I D O R pintu Papan kenyataan dan rak buku / alatan

3. Rasional

3.1 Idea ini datangnya dari guru yang setiap hari keluar masuk dalam bilik darjah. Guru ini terpaksa memikirkan berbagai cara untuk menghasilkan P&P yang terbaik, tidak membosankan dan berkesan .
3.2 Seringkali dalam mesyuarat guru, guru-guru diminta menghasilkan pengajaran yang baik, bekesan, tidak menjemukan. Namun, apa yang ada dalam bilik darjah kebanyakannya ialah meja dan kerusi, tingkap cermin yang kadangkala sempurna, warna kelas yang luntur, papan hitam malahan ada di setengah sekolah pintu kelas pun tak ada. Jadi, bagaimanakah P&P akan cemerlang ?
3.3 Perbelanjaan sekolah / kementerian banyak dihabiskan untuk keceriaan fizikal di luar sekolah dengan pelbagai jenis tugu, pondok rehat, lantai berjubin atau taman-taman serta air terjun yang indah. Seelokknya, mulai tahun 2009, kementerian patut fokus kepada bilik darjah yang ceria, kondusif dan lengkap dengan prasarana untuk memudahkan guru berinovasi dalam P&P.
3.4 Rata-rata keadaan kelas di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman lebih “daif” . Kementerian patut membuat kajian dan tinjauan bagi mendapatkan data serta maklumat sebenar. Keadaan ini melebarkan lagi jurang pendidikan bandar dan luar bandar yang ingin diatasi dalam PIPP.
3.5 Walaupun keadaan kelas boleh dipertanggungjawabkan kepada Pengetua atau Guru Besar untuk memastikan keceriaannya, namun, fokus bilik darjah bukanlah keutamaan untuk dihabiskan kos yang tinggi.3.6 Selari dengan peredaran zaman, tahap pengetahuan pelajar yang semakin meluas melalui langit tanpa sempadan, sudah sampai masanya kita memberikan perhatian kepada pengwujudan bilik darjah yang moden dan selesa.

ASPEK KEPRIHATINAN GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Oleh: Hj. Rodzli Hashim
Guru Cemerlang Geografi SMK Dato’ Syed Omar,
Lebuhraya Sultanah,05350 Alor Star, Kedah
rodzli_mgc@yahoo.com

Pengenalan
1.1 Pelanggan utama guru iaitu pelajar dalam sebuah kelas berasal dari berbagai latar belakang keluarga, masyarakat, emosi, tahap pengetahuan dan persekitaran fizikal tertentu.

1.2 Kepelbagaian latar belakang ini akan mempengaruhi tingkahlaku, pembelajaran, kesediaan belajar dan emosi mereka setiap hari.

1.3 Kegagalan guru mengesan, memahami, membaca dan mentafsir kepelbagaian latar belakang pelajar ini akan memberi impak tertentu terhadap proses P&P guru dan pelajar.

1.4 Oleh itu aspek keprihatinan guru terhadap pelajar semasa P&P amat penting demi memastikan P&P dapat berlangsung dalam suasana harmonis, ceria, difahami, disenangi dan memberi impak mendalam dalam diri pelajar.2.Konsep “keprihatinan guru “

2.1 Keprihatinan guru dalam kertas kerja ini bermaksud guru melakukan pengamatan dan pemerhatian sosial, menzahirkan empati dan simpati terhadap kepelbagaian latar belakang pelajar.

2.2 Pengamatan berlaku dalam aspek :
a) Sosial – tingkahlaku pelajar, komunikasi inter-personal , bentuk dan cara tulisan
b) Emosi – wajah , air muka , gerak badan ( bahasa badan ) , hasil kerja
c) Fizikal – pakaian, kekemasan , kebersihan

2.3 Aspek pengamatan di atas menjadi indikator penting kepada guru untuk memahami latar belakang kehidupan dan peribadi pelajar untuk melangsungkan kesan pengajaran .

2.4 Kegagalan mempraktikan keprihatinan ini mungkin menjadikan :
a) Pelajar tertentu tercicir dari memahami pengajaran guru
b) Pelajar dinafikan haknya untuk memberi penjelasan situasi
c) Hukuman guru bertukar menjadi “deraan” fizikal dan emosid) Pelajar mengalami “defisit “ motivasie) Kelas tidak ceria, penuh ketakutan dan tidak menyeronokkan

3. Impak keprihatinan terhadap P&P guru
3.1 Berdasarkan pemerhatian guru terhadap kumpulan pelajar dalam kelasnya, maka guru hendaklah :
a) Membuat persediaan pengajaran yang baik
b) Menggunakan pendekatan dan kaedah P&P yang berkesan
c) Mengaplikasi kreativiti dan inovasi dalam P&P
d) Menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai
e) Menyediakan bahan bantu mengajar yang serasi dengan kaedah P&P dan kesediaan pelajar.
3.2 Guru bolehlah mengamalkan :
a) P&P mesra pelajar – mengambil kira aspek emosi, hubungan mesra dan “rasa” bertanggungjawab yang tinggi untuk memahamkan pelajar.
b) P&P realistik – pengajaran yang menampilkan contoh sebenar yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar – pengajaran kontekstual, konstruktif
c) P&P berbantukan ICT – penerokaan terus, akses kendiri , alat penyediaan bahan pengajaran atau medium penyampai pengajarand) P&P penyertaan pelajar – pelajar melibatkan diri secara aktif semasa proses P&P
e) Mewujudkan “iklim hubungan guru-murid” yang meransang pembinaan konsep kendiri serta minat pembelajaran.

4. Rumusan
4.1 Keberkesanan P&P ditentukan oleh keserasian kaedah pengajaran guru dengan kesediaan murid untuk menerima pengajaran
4.2 Murid perlu bersedia dari segi emosi, psikologi, kognitif dan motivasi sebelum proses pembelajaran berlangsung.
4.3 Keprihatinan guru terhadap aspek latar belakang diri pelajar menjadi indikator penting untuk memastikan adakah P&P guru berkesan.

Rujukan:
1.Zuraidah Abdul Rahman ( 2006), Fasilitator Kelompok Kecil, IBS Buku, Petaling Jaya
2.Dr Rohizani Yaakob, et.all ( 2003), Pedagogi, Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan, PTS Publication, Pahang
3.Koleksi Kajian Kes Pengurusan Pendidikan Jilid 4,(2004), IAB Genting Highlands
4.Mohd Salleh Lebar ( 1998), Sosiologi Sekolah Dan Pendidikan, Thinkers Library,Selangor.
5.Prosiding Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2008, Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti, Putrajaya.