04/12/2011 –Ahad
Percutian kali ini diketuai oleh Acharn Chalar a/l Din Perom. Ahli percutian terdiri daripada Nordin Ahmad, Rokiyah Lazim, Khairul Salleh Ahmad, Halim hamid, Md Isa Harun dan Isteri, Datin Saunah, Ah Heng dan isteri, Leng dan Sirikon a/l Chalar. Pemandu kali ini diketuai oleh Bang Pie (warganegara Thai)
Seawal 7.30 pagi kami berkumpul di tempat letak keretan SMk Kuala Nerang.
7.40 a.m
Bertolak dari SMK Kuala Nerang - melalui Pekan Kuala Nerang -->Perik --> Bukit Wang -->Wang Perah -->Changloon -->Danok
8.30 a.m
Urusan pertukaran matawang di Changlon. Matawang Ringgit ditukar kepada Bhat. Kadar tukaran pada waktu ini 100 Bhat = RM 10.03. Banyak kedai kedai yang menyediakan petukaran mata wang. Di sekitar Changloon amat mudah sekali untuk melakukan pertukaran wang. Di sini juga boleh mengisi borang masuk ke Thailand.
9.00 a.m
bertolak ke Imigresen Bukit Kayu Hitam. Masih lagi berkesempatan untuk membeli roti dan meggi sebagai bekalan semasa berada di Isan nanti. Sebanyak 50 bungkus roti dan 2 kotak meggi.
9.15 a.m
sampai di depo imigresen kami semua turun dari koster untuk urusan pasport. semuanya berjalan lancar dan selesai. Posport warganegara Malaysia tidak dicop sebaliknya diimbas oleh mesin pengimbas. Hari ini kami lebih cepat kerana tidak ramai pelancong yang hendak masuk ke Thai. Kemudian kami bergerak ke imigresen Thai. Untuk memasuki Thailand.. Kami terpaksa membayar RM1.00 atau 10 Bhat baharulah pasport kami dicop.
sampai dipersimpangan Padang Besar, Thailand
10.30 a.m
berhenti di rumah Driver Van (Bang Pie) di Khuan Luang, Hat yai. Sementara menunggu Bang Pie bersiap, kami berkesempatan untuk bersarapan pagi di gerai emak saudara Bang Pie. Banyak juga menu kat gerai ini.. mungkin telah dipesan oleh Bang Pie.. bahawa kami akan singgah di situ untuk bersarapan. Walau pun keluarga ini berbangsa Melayu.. tetapi mereka tidak boleh berbahasa Melayu. Bahasa Melayu mereka telah pupus ditelan zaman. Mereka hanya boleh berbahasa Thai. Kelaurga ini cukup ramah.. apa yang boleh kami buat ialah senyum dan menjawab dengan bahasa isyarat. Dengan mengetahui sepatah dua bahasa Thai... dipergunakan sebaik mungkin untuk berinteraksi dengan keluarga Bang Pie. Kemudian kami meneruskan perjalan melalui lebuhraya Asia Phet Kasem
11.15 a.m
berada di persimpangan Rata Pun
12.15 a.m
Sempadan Suratthani
3.35 p.m
sampai di Lang Suan, Mengisi minyak di PTT (Petroleum Thai). Kesempatan ini digunakan untuk ke tandas (Hong Nam). Rakan rakan yang lain berkesempatan untuk membeli minuman dan makanan ringan untuk mengisi perut yang sudah mula minta diisi.
Apa yang menarik di sini ialah patung kanggaro.
Mesin ATM diletak di tempat terbuka. Tanpa takut untuk dipecahkan. Bagi menambah ceria.. mesin ATM tersebut di warna warnikan.
Beberapa sangkar burung Merbah Jambul (Burung Candik) digantung di persekitaran bagi peminat burung untuk menhayati kecantikan dan kemarduan kicauan burung burung ini.
5.00 - Sampai di Chumpon
- solat dan makan malam
5.00 - Sampai di Chumpon
- solat dan makan malam
6.00 ptg – perjalanan diteruskan
9.10 mlm - sampai di Hua Hin
- cari kedai makan – tapi banyak yang di tutup dan tak jumpa
9.40 pm- berada di Cha am
- makan malam
- Telah singgah di sini pada bulan 5 lalu semasa perjalanan ke Chiang Mai… lokasinya di sebelah kanan jalan dari Hua Hin ke Cha Am. Berdekatan dengan PPT.. di sini ada surau dan pam minyak. Tetapi kedai makannya kurang memuaskan… disebelahnya terdapat patung Samoa (Watak pelawak dalam wayang kulit – Nang Talung). Boleh nampak dengan jelas dari jalan utama.
9.10 mlm - sampai di Hua Hin
- cari kedai makan – tapi banyak yang di tutup dan tak jumpa
9.40 pm- berada di Cha am
- makan malam
- Telah singgah di sini pada bulan 5 lalu semasa perjalanan ke Chiang Mai… lokasinya di sebelah kanan jalan dari Hua Hin ke Cha Am. Berdekatan dengan PPT.. di sini ada surau dan pam minyak. Tetapi kedai makannya kurang memuaskan… disebelahnya terdapat patung Samoa (Watak pelawak dalam wayang kulit – Nang Talung). Boleh nampak dengan jelas dari jalan utama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan