Sabtu, 15 Oktober 2011

MENDEKLAMASI PUISI GEOGRAFI DAN PIDATO GEOGRAFI TINGKATAN 6, PERTANDINGAN MENGARANG PUISI GEOGRAFI

ATUR CARA PERTANDINGAN

Masa: Acara:
08.00 - 08.30 pagi : Pendaftaran peserta
08.30 – 09.00 pagi : Taklimat Hakim
09.00 – 10.00 pagi : Pertandingan
10.00 - 10.30 pagi : Rehat / minum teh
10.30 – 12.30 t/h : Pertandingan
12.30 – 1.00t/h : Majlis Penyampaian hadiah oleh Tn. Hj. Asmee bin Tajuddin
Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah


TAJUK / TEMA PERTANDINGAN

A. Tema Puisi (Pertandingan Mengarang Puisi Geografi )
1. Sumber air
2. Atmosfera
3. Sumber hutan
4. Fenomena cuaca dan iklim
5. Pengangkutan dan telekmunnikasi

B. Tajuk Puisi (Pertandingan Mendeklamasi Sajak Geografi )
1. Akulah rimba belantara
2. Sungai-sungai budi dan tragedi
3. Tangisan mega

C. Tajuk Pidato (Pertandingan Pidato Geografi Pra U )
1. Pembandaran membawa kesejahteraan
2. Kemerosotan kualiti alam sekitar
3. Pertanian adalah sumber masa hadapan
4. Penduduk berkualiti negara maju
5. Geografi membawa kesejahteraan


KEPUTUSAN PERTANDINGAN 2011

PERTANDINGAN MENGARANG PUISI GEOGRAFI

JOHAN

SMK :

DAERAH :

NAIB JOHAN

SMK :

DAERAH :

TEMPAT KETIGA

SMK :

DAERAH :

PERTANDINGAN MENDEKLAMASI PUISI GEOGRAFI

JOHAN

SMK :

DAERAH :

NAIB JOHAN

SMK :

DAERAH :

TEMPAT KETIGA

SMK :

DAERAH :

PERTANDINGAN PIDATO GEOGRAFI TINGKATAN 6

JOHAN

SMK :

DAERAH :

NAIB JOHAN

SMK :

DAERAH :

TEMPAT KETIGA

SMK :

DAERAH :

AHLI JAWATANKUASA
PERTANDINGAN MENGARANG PUISI GEOGRAFI,
MENDEKLAMASI PUISI GEOGRAFI
DAN
PIDATO GEOGRAFI
PERINGKAT NEGERI KEDAH 2011


PENAUNG :
En. Mansor bin Lat, SMP., AMN., BCK., BKM.
Pengarah Pelajaran Negeri Kedah

PENASIHAT :
Tn.Hj.Asmee Tajuddin, BCK.
Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Mej. Abd. Halim bin Hj. Hashim, BCK., PK., PPA.
(Pengetua SMK Dato’ Syed Omar )

PENYELARAS :
Tn. Hj. Abd Jalil b. Majid
Pen.Pengarah Kanan (Geografi) Unit Kajian Kemasyarakatan JPN Kedah

PENGERUSI PERTANDINGAN :
Tn. Hj. Sadli bin Abdullah (SMK Syed Ibrahim)

NAIB PENGERUSI :
Tn. Hj. Rodzli Hashim (SMK Dato’ Syed Omar/Pengerusi Panitia Negeri Kedah )

SETIAUSAHA :
Pn. Marzida bt Abdul Rahman (SMK Sultanah Bahiyah)

AJK SAMBUTAN :
En. Suhaimi bin Yahaya ( Penolong Kanan SMK D Syed Omar )

AJK PERSEDIAAN TEMPAT :
En .Muhamad Nasir Abd Manaf ( SMK D Syed Omar )
En. Moharizal Mohamed ( SMK D Syed Omar )

AJK HADIAH/CENDERAMATA :
Tn. Hj. Sadli bin Abdullah (SMK Syed Ibrahim)

AJK BUKU PROGRAM :
En. Nordin bin Ahmad ( SMK Kuala Nerang)

AJK PUBLISITI :
En. Azizi bin Ismail ( SMK Dato’ Wan Mohd Saman)

AJK PENDAFTARAN :
Pn. Adyanie Abdullah ( SMK Yan)

AJK DOKUMENTASI :
Pn. Nor Azlin Mohamad Nasir (SMK Sultanah Bahiyah)

AJK /FOTOGRAFI :
En. Azizi bin Ismail (SMK Dato’ Wan Mohd Saman)

AJK MAKANAN/MINUMAN VIP :
Tn. Hj. Rodzli Hashim (SMK Dato’ Syed Omar

PENGACARA MAJLIS :
Pn. Wan Maheran Mahmood (SMK Alor Janggus)

AJK TEKNIK & ALATAN :
En. Rosli Jaafar ( GK Bahasa SMK Dato’ Syed Omar)

SIARAYA :
Tn. Hj. Rodzli Hashim (SMK Dato’ Syed Omar)

PERTANDINGAN PIDATO GEOGRAFI TINGKATAN ENAM

PENGURUS PERTANDINGAN :
EN. Mohd Zaher bin Shaari (SMK Guar Cempedak)

PANEL HAKIM :
En. Zaher bin Shaari (SMK Guar Cempedak, Gurun)
Pn. Che Gayah bt. Mohd Saad (SMK Dato’ Syed Ahmad)
Pn. Zaharah bt. Abu Asan (SMK Yan, Yan)
Pn Halimaton bt. Osman (SMK Sultanah Asma, Alor Setar)

PERTANDINGAN MENDEKLAMASI PUISI DAN MENGARANG PUISI GEOGRAFI

PENGURUS PERTANDINGAN :
Pn. Jalilah bt Jusoh (SMK Changlun)

PANEL HAKIM :
En. Sahidan bin Romli (SMK Tanjung Pauh, Jitra)
En. Rahim bin Said (Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Pendang)
Tn. Hj. Othman bin Ahmad (SMK Permatang Bonglai, Jitra)
En. Abd Rahim bin Abdullah (SMK Bukit Payong)

PENGHARGAAN

Panitia Geografi Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada :

· Pengarah Pelajaran Negeri Kedah

· Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah

· Ketua Sekor Pengurusan Akademik

· Pengetua SMK Dato’ Syed Omar

· Semua Pegawai Pelajaran Daerah

· AJK Panitia Geografi Negeri Kedah

· Kakitangan Makmal dan ICT SMK Dato’ Syed Omar

· AJK Persatuan Geografi SMK Dato’ Syed Omar

· Semua pihak yang membantu menjayakan pertandingan ini


“GEOGRAFI MENJANA KESEJAHTERAAN ALAM”



Sungai - Jasa Yang Sengsara

Di puncak ini yang bernama legeh ... lahirlah sebuah profil alam bernama Sungai... Mengalir menuruni lurah meninggalkan kawasan tadahan kesepian,
Membentuk lembah ... melebarkan lembangan ... mempamer lembangan saliran

Di puncak ini lahirlah nama-nama agung membasah dunia
Amazon ... Nill... Mississippi..Kinabatangan.. antara alur-alur fluvial ternama dunia Rajang…Baram.. Bernam.. danKinta ... juga antara yang berjasa di sini

Ahh..
dinginnya aliran airnya berolak anak
Pengail melontar umpan menawan memerangkap ikan-ikan
Nun di tebing Ganges ... ribuan manusia memuja-muja
Sedang Irrawaddy membasah melimpah delta mengisi bendang

Di Puncak Janing... anak-anak riang berkejaran melepas lelah berkelah
Deruan jentera mengaum… menderam menyedut pasir di dasar Nami
Bernam menjadi pemisah dua jasad Perak - Selangor
Perahu panjang menluncur laju mendestinasikan penumpang di Batang Rajang

Kinabatangan berasak-asak menghanyutkan balak-balak ke muara
Temenggor... Chenderoh ... Kenering .... dibina teguh menjana tenaga di Sungai Perak Dataran Kedah melimpah dek resapan Muda.....membasah .... mengairi lembah-lembah…melahirkan Jelapang Padi Negara
Lihatlah ... kanak-kanak tersenyum riang di perahu panjang menuju sekolah di Lupar

Namun ....jasa mu begitu mudah dilupa
Di penghujung usia alirmu...manusia manusia kejam mencemar segala merba penghias alur mu
Efluen … minyak… sarap dan racun … menutupi alurmu.!

Kini..manusia empunya angkara,
Sungai tidak sejernih dulu.
Ikan-ikan tidak seriang dulu,
Taman-taman perumahan menghumban segala merba kumbahan,
Kayu ...batu … najis…sarap dan segala menerpa menyakat lurah,
Sedang paraquat … round... syndex membakar rumpai!
Merenjis air pembunuh segala akuatik
Najis-najis khinzir terapung jijik memekat air di muara Baru!

Manusia rakus meratah tebing-tebing mu mencari balak-balak berharga
Manusia kejam menghumban segala merba kumbahan ke alur mu
Manusia tamak meragut segala hidupan di perutmu
Lantas.. Sungai-sungai kini penuh cemar!
Kumbahan kimia industri meracuni Jurumernbunuh segala kerang-kerang nelayan

Akta demi akta digubal
Kempen demi kempen dicanang
Kajian demi kajian di cerna
Namun… Sungai terus tercemar..! Sungai semakin kotor…!

Mengapa di pandang begitu sahaja kesengsaraan sungai ?
Mengapa pekilang manusia membisu cuma ?
Menjadi penonton menyaksikan …kekejaman pekilang... petani..kontaktor memusnahkan sungai?
Mengapa undang-undang menjadi bacul.. mengheret petuaIang-petuaIang pemusnah sungai

Masih jernihkah Ganges ?
Masih berikankah Irrawaddy?
Masih selamatkah Gombak ?
Masih cairkah Sungai baru di Melaka

Wahai warga dunia ... sedarIah..! bahawa Sungai adalah masa hadapan kita
Sungai adalah air untuk kehidupan..
Sungai adalah antara pengimbang kitaran hidrologi alam
Sungai adalah ruang habitat segala macam hidupan akuatik
Sungai adalah air untuk generasi cucu cicit kita..!

Regangkan sepanduk "Cintailah Sungai Kita “!
Laungkan slogan mengingatkan manusia
Usah biar mereka lupa .. Jangankan mereka leka
Sungai adalah kehidupan masa. depan

Johan Puisi Geografi Negeri Kedah 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan