Khamis, 13 Januari 2011

SEJARAH GURU CEMERLANG

Perkhidmatan Pelajaran Malaysia telah mengalami perubahan dalam pelbagai aspek perkhidmatan termasuk sistem saraan. Perubahan Sistem Saraan Perkhidmatan Pelajaran ini adalah berasaskan program penambahbaikan sektor awam kerajaan. Selari dengan usaha ini pelbagai pakej sistem saraan dan insentif yang menarik telah diperkenalkan dalam sistem saraan perkhidmatan pelajaran. Saraan dan insentif tersebut bertujuan meningkatkan martabat keguruan seperti yang telah dinikmati pada masa kini.

Sebelum tahun 1994, sistem dan kenaikan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran berdasarkan kekosongan jawatan kenaikan pangkat. Sistem kenaikan pangkat itu secara moving up is moving out. Hal ini bermakna seseorang guru yang dinaikkan pangkat akan menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan meninggalkan sepenuh masa atau sebahagian tugas mengajar.

Pada tahun 1993, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan anjakan paradigma dengan menghantar memorandum kepada kabinet yang bertajuk “SISTEM KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN CADANGAN KE ARAH MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN MENGHASILKAN GURU YANG CEMERLANG”.

Memorandum ini mencadangkan satu sistem dan kaedah kenaikan pangkat bagi perkhidmatan keguruan di Malaysia.

Pada tahun 1994, sistem dan kaedah kenaikan tersebut telah diluluskan oleh Kabinet. Dengan itu, diwujudkan jawatan dan pangkat Guru Cemerlang secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Jawatan dan pangkat ini untuk mengikhtiraf guru yang benar-benar cemerlang dalam mata pelajaran yang di ajar atau dalam bidang pengkhususan masing-masing. Jawatan dan pangkat ini juga selari dengan usaha memartabatkan profesion keguruan.

Pelaksanaan kaedah kenaikan jawatan dan pangkat Guru Cemerlang itu adalah untuk mencapai tujuan berikut:

memberikan pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau pengkhususan masing-masing;

meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran;

menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain;

meningkatkan motivasi guru;

meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang;

memperluas peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran;

membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran, dan

menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred lebih tinggi secara laluan pantas (fast track), Khas Untuk Penyandang.

Selaras dengan tujuan tersebut, pemilihan Guru Cemerlang (GC) telah dilakukan dengan menitikberatkan kualiti yang tinggi demi menjaga martabat profesionalisme kerjaya keguruan.

Pada tahun 1995, kerajaan telah melantik kumpulan pertama guru sebagal Guru Cemerlang atas Gred DG2 dan DGA5. Penyempurnaan watikah perlantikan Guru Cemerlang pertama itu telah disempurnakan pada 20 Jan 1995 di Dewan Pusat Perkembangan Kurikulum, Jalan Duta oleh mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ketika itu, iaitu Tan Seri Dato’ Dr Wan Zahid bin Nordin. Pada masa itu, Menteri Pelajaran Malaysia ialah Dato’ Sen Najib Tun Razak yang kini adalah Perdana Menteri Malaysia.

Pada permulaan sejarah Guru Cemerlang, kuota jawatan dan pangkat Guru Cemerlang sebanyak 1,000 orang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan 1,600 orang bagi Pegawal Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD). Oleh itu, pengisian jawatan Guru Cemerlang telah dibuat pada setiap tahun berdasarkan kuota yang diperuntukkan. Penilaian Guru Cemerlang pada masa tersebut adalah melalui instrumen yang melibatkan pengetua, rakan sejawat dan murid.

Era kesinambungan laluan pantas (fast track) Guru Cemerlang telah dimartabatkan lagi. Dalam ucapan perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2003 di PISA, Pulau Pinang, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi (yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu) menyatakan hasrat untuk meningkatkan jawatan dan pangkat Guru Cemerlang ke Gred JUSA C. Beliau telah mengulangi hasrat tersebut apabila mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad. Komitmen beliau itu telah dinyatakan sekali lagi semasa ucapan perasmian Sambutan Han Guru Peringkat Kebangsaan di Selangor pada tahun 2004. Selaras dengan pengumuman tersebut, Jemaah Nazir Jaminan Kualiti telah diberi tanggungjawab mengenal pasti, membuat pencalonan dan menilai calon-calon Guru Cemerlang yang layak. Calon-calon yang dikenalpasti telah melalul proses penilaian yang ketat oleh Jemaah Nazir, Institut Aminuddin Baki dan juga pakar-pakar mata pelajaran dan bidang berkaitan daripada universiti tempatan. Setelah melepasi penilaian tersebut, calon-calon telah menghadiri sesi temuduga oleh pihak pengurusan tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan wakil Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pada tanggal 4 Januari 2005, majlis penyampaian watikah Pengetua Cemerlang JUSA C dan Guru Cemenlang DG54 telah disempurnakan oleh mantan Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein di P1CC, Putrajaya. Seramai 28 orang Guru Cemerlang telah ditauliahkan sebagai Guru Super atau Guru Cemerlang DG54.

Pada tahun 2006, seramai 6 orang daripada kumpulan tersebut telah dinaikkan jawatan dan pangkat sebagai Guru Cemerlang Gred Khas C.

Pada Oktober 2006, kuota jawatan dan pangkat Guru Cemerlang telah ditambah lagi kepada 5,374 orang untuk PPPS dan 4,000 PPPLD. Jawatan dan kenaikan pangkat Guru Cemerlang ini meliputi pelbagai gred, iaitu daripada DGA32, DGA34, DG44, DG48, DG52, DG54 hingga ke Gred Khas C.

Pada tahun 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan pasukan khas (task force) pula bagi mengisi jawatan dan pangkat Guru Cemerlang berdasarkan kuota yang telah disediakan itu. Pengisian tersebut telah melibatkan semua lapisan guru sama ada guru di sekolah rendah, menengah dan Institut Pendidikan Guru. Usaha ini dilihat sebagai satu usaha yang selaras dengan gagasan kepimpinan negara hari ini iaitu IMalaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kini terdapat lebih kurang 10, 000 orang Guru Cemerlang dengan seramai 23 orang telah dilantik sebagai Guru Cemerlang Gred Khas C.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan