Ahad, 5 September 2010

PROSES PENAMBAKAN TANAH UNTUK MEMBINA BANGUNAN

PROSES PENAMBAKAN TANAH UNTUK MEMBINA BANGUNAN

Proses penambakan tanah biasanya dilakukan dengan membawa tanah dan kawasan bukit menggunakan Iori dan dicurahkan di kawasan rendah (Rajah 1).





Proses ini dilakukan sehingga tahap ketinggian berdasarkan reka bentuk jurutera dicapai. Tanah penambakan perlu diratakan dengan menggunakan jentolak bagi proses perataan tanah ta
mbakan (Rajah 2).























Tanah penambakan perlu cukup padat bagi memastikan bangunan dapat dibina di atasnya. Kaedah yang paling utama di dalam proses penambakan tanah ialah pemadatan. Pemadatan ialah satu proses dinamik yang bertujuan mengurangkan isi padu tanah dengan mengurangkan kandungan lompang atau udara di dalam tanah. Secara umumnya, kandungan air di dalam tanah tidak akan berubah dalam keadaan normal. Pemadatan amat berkesan apabila diaplikasikan pada satu lapisan tanah yang nipis kerana tenaga akan berkurangan dengan jarak Kaedah hentakan adalah salah satu kaedah yang digunakan di dalam proses pemadatan tanah penambakan (Rajah 3).

Untuk penambakan tanah, pemadatan biasanya dilakukan sedalam 300 mm hingga 600 mm bagi setiap lapisan. Pada tanah jenis berbutir kasar, penggelek yang mempunyai motor digunakan. Motor ini akan menghasilkan getaran pada penggelek untuk memberikan kesan pemadatan yang lebih efektif. Manakala untuk tanah berbutir halus, penggelek yang dilengkapi dengan batang-batang tumpul digunakan. Batang-batang ini dipanggil kuku kambing yang bertujuan untuk menambahkan tekanan pada tanah dan mengubah gumpalan tanah lalu membebaskan udara yang wujud di antara butir-butir tanah.


Terdapat dua jenis kaedah pemadatan yang biasa digunakan iaitu pemadatan dinamik dan pemadatan getaran.

Pemadatan Dinamik

Pemadatan dinamik (Rajah 3) melibatkan proses hentakan satu beban tertentu pada satu tempat secara berulang kali. Biasanya satu beban dengan berat 5-10 tan akan dijatuhkan ke atas satu permukaan tanah dengan jarak 5 hingga 10 meter. Cara ini amat berkesan untuk memadatkan saiz zarah tanah yang longgar. Namun begitu beban yang terlampau berat akan mengakibatkan pecahan pada tanah yang boleh membolehkan air mengalir melalui pecahan tersebut.

Tenaga pemadatan/hentakan = mgh

dengan m = berat beban

g = nilai piawai graviti (9.8 I m/s)

h = bilangan hentakan







Pemadatan Getaran

Getaran yang dilakukan akan merapatkan ruang di antara zarah-zarah tanah apabila kandungan udara di dalam tanah dikeluarkan. Proses pemadatan getaran ini dilakukan dengan sejenis penghentak yang mempunyai sebuah motor untuk menghasilkan getaran.











BANGUNAN DI ATAS TANAH PENAMBAKAN

Tiap-tiap bangunan bermula daripada asasnya. Asas bagi sebuah bangunan ialah bahagian paling bawah yang terletak di atas tanah yang menanggungnya. Pembinaan bahagian asas ini memerlukan tindakan khusus dan ketelitian yang mendalam supaya cukup kukuh dan kekal untuk menanggung segala beban di atasnya. Rajah 5 dan 6 menunjukkan bangunan dibina di atas tanah penambakan.



















Oleh :

Prof. Madya Dr. husaini Omar

Fakulti Kejuruteraan UPM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan