Ahad, 5 September 2010

PENGURUSAN PINGGIR LAUT

Apakah kesan penambakan laut dan bagaimana kita boleh menilainya?

Bagaimana kita boleh menangani masalah yang timbul dan mengurus penambakan laut?

Jika kita sudah tahu semua kesan, impak, atau masalah daripada proses penambakan laut, mungkin kita akan dapat mencari penyelesaiannya.

Proses penambakan ialah melalul tiga peringkat berikut:

◙► Survei dan kajian sebelum tambakan

◙► Tambakan laut

◙► Operasi dan penyelenggaran tanah tambakan,

AGENSI MANAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB

Di bawah ini diberikan jadual aktiviti yang terlibat dalam perancangan, kajian, pembinaan dan implementasi penambakan laut. Agensi manakah yang terlibat path setiap peringkat aktiviti dan apakah kesan dan tindakan kawalan yang mungkin diperlukan?

1. Survei/Kajian Pertambakan

a. Survei topografi (bentuk muka bumi)
  • Penerangan : Survei kawasan pantai bagi mengenal pasti sempadan projek, lot tanah yang sedia ada, jalan raya, bangunan dan kernudahan lain
  • Agensi berkaitan : Jabatan Pemetaan, Pejabat Tanah, Jabatan Kerja Raya
  • Impak : Tiada yang dijangka


b. Pengumpulan dan pengukuran data hidraulik
  • Penerangan : Ukuran arus, keadaan pasang surut, pengaliran sekitar muara sungai bagi tujuan memodelkan kawasan projek
  • Agensi berkaitan : Jabatan Laut, Jabatan Pengairan & Saliran
  • Impak : Gangguan pelayaran bot & kapal

c. Survei hidrografik
  • Penerangan : Survei kedalaman air dan bentuk dasar laut di kawasan projek termasuk muara sungai
  • Agensi berkaitan : Jabatan Laut
  • Impak : Gangguan pelayaran bot & kapal

d. Kajian geoteknik / tanah-tanih
  • Penerangan : Menggali lubang gerudi (borehole) di tapak tambakan
  • Agensi berkaitan : Mineral dan Geo­sains
  • Impak : Kekeruhan air semasa rnenggali

e. Pencarian punca pasir tambakan

  • Penerangan : Survei seismik, galian lubang sampel di kawasan perairan Malaysia atau luar negara
  • Agensi berkaitan : PejabatTanah & Galian,Jabatan Mineral dan Geo­sains, Jabatan Laut
  • Impak : Gangguan pelayaran

f. Survei & pengutipan artifak
  • Penerangan : Alat ultrasonik, menyelam di kawasan tertentu dan menggali artifak (barangan purba)
  • Agensi berkaitan : Jabatan Muzium
  • Impak : Galian mungkin mengeruhkan air

g. Survel kualiti air & bentos (organisma di dasar laut)

  • Penerangan : Mengambit sampel air, memukat di kawasan perairan sekitar tapak projek
  • Agensi berkaitan : Jabatan Alarn Sekitar, Jabatan Perikanan
  • Impak : Gangguan pelayaran

h. Survei sosioekonorni
  • Penerangan : Menjalankan survei soal selidik, dialog, penerangan kepada penduduk tempatan termasuk nelayan
  • Agensi berkaitan : Pejabat Daerah, Ketua Kampung, Persatuan Nelayan
  • Impak : Memberi maklumat kepada penduduk.

i. Kajian impak alarn sekitar (EIA)
  • Penerangan : Menyediakan laporan kesan penambakan ke atas alam sekitar
  • Agensi berkaitan : Jabatan Alarn Sekitar, Unit Perancang Ekonomi Negeri
  • Impak : Kesedaran kesan & keperluan tindakan kawalan

2. Kerja-kerja Tambakan dan Pengorekan

a. Tapak pejabat projek, jentera projek & kem pekerja. Pembangunan kemudahan & infrastruktur, jeti.

  • Penerangan : Penyediaan tapak mungkin rnelibatkan pembersihan kawasan & penebangan turnbuhan. Pembinaan saliran, paip air, eletrik, pernbentungan, telekomunikasi, kerja tanah
  • Agensi berkaitan : Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya
  • Impak : Bunyi bising, habuk, gangguan hidupan liar, sisa pepejal, air buangan, kemasukan buruh asing.


b. Mengorek pasir untuk isian

  • Penerangan : Mengorek pasir dan tapak punca pasir & membawa ke tapak projek. Hanya pasir kasar diambil, pasir halus & lumpur dilepas kembali ke laut
  • Agensi berkaitan : Jabatan Tanah dan Galian, Jabatan laut, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perikanan dan Jabatan Kesihatan [jika punca pasir adalah dari luar negeri ia perlu dikuratinkan].
  • Impak : Pencemaran air (kekeruhan, minyak dan gris) perubahan keadaan hidraulik, habitat bentos, perikanan di tapak punca pasir.


c. Kerja-kerja korek penyediaan tapak tambakan

  • Penerangan : Pengorekan & pembuangan lapisan atas dasar laut di tapak tambakan yang tidak sesuai (lumpur). Penyediaan benteng sementara, saluran laluan kapal korek
  • Agensi berkaitan : Pejabat Daerah, Jabatan laut, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perikanan
  • Impak : Pencemaran air, perubahan keadaan dasar laut, habitat organisma bentos berubah, gangguan pelayaran.


d. Mengorek pasir untuk isian

  • Penerangan: Mengorek pasir dari tapak punca pasir & membawa ke tapak projek. Hanya pasir kasar diambil, pasir halus dan lumpur dilepas kembali ke laut.
  • Agensi berkaitan : Jabatan Tanah dan Galian, Jabatan Laut dan Kesihatan [jika punca pasir adalah dari luar negeri ia perlu dikuratinkan].
  • Impak : Pencemaran air (kekeruhan, minyak dan gris), perubahan keadaan hidraulik, habitat bentos, perikanan di tapak ambil pasir.


e. Tambakan, kerja isian pasir. Kerja rnelindung muka tembok tambakan (revetrnent)

  • Penerangan : Bahan isian diletakkan di tapak projek, meletak batu, geotekstil, revetment.
  • Agensi berkaitan : Pejabat Daerah, Jabatan alam Sekitar, Jabatan Laut
  • Impak : Gangguan pelayaran, kekeruhan air, kehilangan organisma dasar lat di tapak projek, bunyi bising dan habuk.


f. Pembuangan sisa

  • Penerangan ; Sisa pepejal daripada aktiviti pembinaan, air sisa
  • Agensi berkaitan : Pejabat Daerah, Majlis Tempatan, Jabatan Pembentungan, Jabatan Laut.
  • Impak : Jumlah sisa lebih banyak daripada biasa disebabkan aktiviti baru.


g. Pengurusan alam sekitar & pemantauan

  • Penerangan : Pemantauan parameter alam sekitar untuk rnernastikan perlindungan hidupan akuatik & pematuhan kepada keperluan Jabatan Alarn Sekitar dan agensi­-agensi berkaitan
  • Agensi berkaitan : Pemaju projek perlu menjalankan pemantauan dan melapor kepada jabatan alam Sekitar.
  • Impak : Kos

3. Operasi & Penyelenggaraan TapakTambakan

a Penyuraian (demobilisation)

  • Penerangan : Semua pembinaan sementara diroboh & tapak dibersihkan
  • Agensi berkaitan : Pejabat Daerah,Unit Perancang Negeri
  • Impak : Pekerja projek akan menganggur, hakisan tapak terbiar

b. Survei hidrografik

  • Penerangan : Survei hidrografik semula selepas tambakan selesal di kawasan tapak tambakan & tapak pengambilan pasir
  • Agensi berkaitan : Jabatan Laut, Jabatan Pengairan dan Saliran
  • Impak : Makiumat baru bentuk pantai

C. Pemantauan Alam Sekitar

  • Penerangan : Program Pemantauan Alam Sekitar (Environ­mental Monitoring Plan) perlu disediakan & dijalankan. Stesen tetap perlu dibuka. Pemantauan termasuk kualiti air, penunjuk biologi, bentuk pantai, arus, perikanan, dan parameter fizikal dan biologi lain
  • Agensi berkaitan : JabatanAlam Sekitar. Unit Perancang Negeri
  • Impak : EMP merupakan tindakan mitigasi bagi mengawasi keadaan di tapak tambakan


Oleh : Dr. Zelina Ibrahim

Fakulti sains dan Pengajian Alam Sekitar UPM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan