Ahad, 5 September 2010

PENAMBAKAN LAUT


Tahukah anda bahawa Malaysia mempunyai kawasan darat sebanyak 330,000 km². Garis pantai dalam lingkungan 2,000 km di Semenanjung Malaysia dan 2,600 km di Sabah dan Sarawak.

Secara purata setiap km pantai menerima beban bahan buangan daripada 71 km². kawasan. dengan kira-kira 23 juta orang . Jika semua penduduk berdiri di tepi pantai, berapa jarak pantai yang dapat dinikmati oleh setiap orang? (Kirakan jarak: pantai dibahagi dengan bilangan orang). Bolehkah semua penduduk menghadap muka ke laut.?

Mungkin dalam beberapa tahun yang lepas ini anda pernah membaca dalam akhbar tempatan tentang penambakan laut di beberapa lokasi di Malaysia, seperti di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu dan Sabah. Baru-baru ini juga banyak dilaporkan isu penambakan laut di Singapura dan kesannya terhadap pantai dan perairan negeri Johor.

Apakah sebenarnya penambakan laut?

Bagaimana ia dilakukan dan di mana?


DEFINISI PENAMBAKAN LAUT

Secara umum, penambakan laut atau dalam bahasa Inggeris ‘coastal reclamation’ merupakan satu aktiviti yang melibatkan penimbusan sebahagian kawasan laut dengan bahan isi (fill material) seperti batu, pasir dan tanah-tanih dengan tujuan untuk mendapatkan kawasan tanah darat yang baru.

Penambakan laut, melibatkan aktiviti seperti:

  • Mendapat bahan isi yang sesuai.
  • Meletakkan bahan isi pada tempat yang ingin ditambak, dan
  • Menentukan kawasan yang tel ah ditambak dilindungi dan sesuai untuk digunakan















Dari Manakah Bahan Isi yang Sesuai Boleh Didapati?

Bahan yang digunakan sebagai bahan isi perlulah tidak toksik, tidak merbahaya dan yang tidak mudah mampat (in compressible), contohnya pasir kasar. Bagi menentukan bahawa pasir tersebut sesual untuk kawasan tambakan laut, sebaik-baiknya pasir itu berasal daripada laut juga. Ini bermakna kita perlu mengorek dan memindahkan pasir daripada satu kawasan laut yang dipanggil ‘borrow pit’ (lubok pinjaman), kepada kawasan tambakan yang biasanya di pinggir laut. Untuk mendapatkan pasir tersebut, kita memerlukan kapal korek (dredger). Bukan semua bahan yang dikorek dan dasar laut sesuai digunakan untuk tambakan. Jadi bahan berlumpur akan dibuang balik ke laut sebagai sisa korek (dredge spoil). Mengorek dasar laut dan pembuangan sisa korek itu membawa kesan kepada alam laut. Dua kaedah boleh digunakan untuk pemindahan pasir, iaitu

  • · Dihantar terus melalui paip dan pam
  • · Disimpan dalam takungan sementara urusän pasir (handling pit) kemudian dipindah semula

(rehandling atau double handling) untuk tambakan kawasan


Bagaimanakah Cara Menimbus Kawasan untuk Ditambak?

Cara untuk meletakkan bahan isi bergantung kepada keadaan pergerakan air di kawasan yang berkenaan. Ini bermakna kita mesti membuat pemerhatian atas pengaliran air terlebih dahulu. Ada dua cara tambakan untuk menimbus kawasan iaitu; Tambakan terbuka dan Tambakan tertutup.


TAMBAKAN TERBUKA (Open reclamation)

Bahan isi diletakkan atas dasar laut lapisan demi lapisan. Kaedah ini memerlukan kawalan yang rapi. Adalah dijangkakan bahawa kerana hanya lapisan-lapisan nipis pasir yang diletakkan, kesan hakisan akan berkurangan berbanding sekiranya satu longgok pasir diletakkan di tengah air. Bayangkan perbezaan antara keteguhan kek lapis dan kek span biasa. Terfikirkah anda yang kek lapis itu lebih padat dan sukar dicebis? Kek span lembut dan rapuh. Ketinggian kek lapis juga biasanya lebih rendah berbanding kek span. Sama juga bagi cara tambakan ini. Tetapi, ianya hanya sesuai bagi:


◙► kawasan laut yang cetek (kedalaman <3>

◙► kawasan yang arus dan ombaknya tidak kuat.

lanya juga mengambil masa yang lama untuk dilakukan.


TAMBAKAN TERTUTUP (dosed reclamation)

Berlaku dalam keadaan pinggir laut, ombak dan arus adalah cukup kuat untuk menghanyutkan bahan isi. Cara tambakan tertutup dilakukan ialah:

◙► sebahagian kawasan laut dikepung dengan tembok atau ban sementara,

◙► selepas itu bahagian dalam tembok diisi dengan pasir.Tembok sementara boleh dibentuk daripada pasir, batu atau kepingan besi (sheet pile),

◙► air yang ditakung di dalam tembok dilepaskan keluar melalui satu saluran limpahan (overflow weir),

◙► setelah pasir mencapai aras platform (platform level) kita boleh mula menstabilkan tebing permukaan tambakan.


PerIindungan Tanah Tambakan Laut

Dalam keadaan tambakan tertutup, satu struktur kepungan sementara dibentuk. Kepungan ini boleh dikekalkan atau bahan baru boleh diletakkan untuk membentuk tebing kekal melalui lima cara iaitu:

1. Membentuk dan memotong tebing permukaan tambakan kepada sudut kecerunan yang sesuai.

2. Meletakkan kain geotekstil bagi mengurangkan kehilangan pasir melalui batu-batu tebing.

3. Meletakkan batu atau bahan-bahan pelindung lain (armour atau revet) di bahagian bawah tebing permukaan.

4. Meletakkan batu atau bahan pelindung yang lain di bahagian atas permukaan tebing.

5. Memastikan bahan batu atau pelindung diletakkan pada kecerunan yang diperlukan dan di semua tempat secara manual (hand-pitching).


Tembok yang telah dilindungi oleh batu atau bahan lindungan lain seperti konkrit, biasanya disebut ’revetment’. Selepas revetment dipasang, jurutera geoteknik perlu mengesahkan bahawa kawasan tambakan telah cukup stabil dan padat untuk kegunaan tertentu.

Oleh : Dr. Zelina Ibrahim

Fakulti sains dan Pengajian Alam Sekitar UPM


1 ulasan:

  1. nk tnye..apa tjuk buku-buku or teori yang boleh di kaitkan dgn penambakkan laut ye?

    BalasPadam