Sabtu, 4 September 2010

Al-Biruni

Abu Rayhan Al-biruni dilahirkan pada 4 Oktober 973M berhampiran Khwarzim, Uzbekistan dan kembali keRahmatullah pada 13 disember 1048M. Baliau hidup sezaman dengan Ibnu Sina di Tadzhikistan di asia tengah.
Al-Biruni memberikan pengaruh yang besar kepada masyarakat muslim tetapi tidak begitu terkenal di negara Eropah.
Keupayaan Al-Biruni telah dikesan awal dan beliau banyak belajar sejak remaja.
Dalam tahun 1018, Sultan Mahmud al-ghaznawi membawa Al-Biruni ke Ghazna sebagai penasihat diraja dan tutor.
Kerja-kerja Al-Biruni telah ditulis dalam Bahasa Parsi dan diterjemahkan ke dalam dalam Bahasa Arab seperti matematik, astronimi, fizik, botani, geografi, mineralogi, sejarah dan kronologi. Dua tugas yang besar yang diamanahkan oleh Sultan Mahmud al-ghaznawi ialah mengarang sejarah india dan karangan mengenai batu permata dan mineral berharga. Semasa berada di India, Al-Biruni mengumpul bahan semasa zaman Sultan Mahmud al-ghaznawi yang mewakili sumber penting bagi sejarah dan geografi India dengan mengkaji Sungai Ganges dari gunung hingga ke delta. beliau mendapati arus semakin perlahan dalam saiz sedimen yang berkitan dengan kekuatan arus.
Al-Biruni juga menunjukkan lautan juga meliputi sebahagian besar kawasan sungai di India apabila menemui fosil cengkerang di kawasan pergunungan.
Kajian mengenai batu permata telah ditulis semasa penghujung hayat beliau semasa zaman Mawdud (Sultan Ghaznawi ke-6). Beliau menenrangkan mengenai 100 jenis mineral biasa, kepelbagaian batu serta ciri-cirinya seperti warna, kekerasan, produk dan kos. Pengukuran ketumpatan yang dilakukan oleh Al-biruni merupakan sesuatu yang penting dan beliau mereka satu kaedah untuk mengukur berat bagi 18 jenis mineral. Beliau menerangkan beberapa mineral yang didapati di serata dunia seperti china, india, Sri Lanka, byzantine, Mesir, Mozambique dan rntau Baltik.

Rujukan penting mengenai batu permata berharga telah dgunakan oleh ramai saintis lain dan merupakan teks tulen keempat yang tidak didapati di mana mana tempat di dunia sehingga kurun ke-16. Walau bagaimanapun teks rujukan ini tidak diterjemahkan dalalam sebarang bahasa eropah sehingga abab ke-19. Sehingga tahun 1963, rujukan teks ini tidak diterjemahkan dalam bahasa Rusia. ini menunjukkan Al-biruni hanya mempengaruhi sains di Eropah secara tidak langsung.
Al-Biruni merupakan orang pertama di Timur tengah yng menyatakan bumi mengorbit mengelilinggi matahari walaupun beliau hanya mengulangi apa yang diperkatakan dalam al-Quran.
Sebahagian dari alatan kajian Al-Biruni












Tiada ulasan:

Catat Ulasan