Selasa, 31 Ogos 2010

4.0 PENCEMARAN BUNYI

4.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Bunyi


Pencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak disukai kerana memberi ketidakselesaan terhadap pendengaran. Secara saintifik, ia didefinisikan sebagai signal yang tidak memberi apa-apa informasi dankekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke semasa.

Pencemaran bunyi mungkin tidak diambil perhatian secara serius namun ia juga memberi kesan buruk terhadap dunia pada masa kini. Pencemaran bunyi berpunca daripada kenderaan, perindustrian, pembinaan, persekitaran dan sebagainya.


Jenis bunyi bising adalah seperti Steady Wide Band Noise yang meliputi bunyi dengan batas ulangan yang luas, contohnya mesin biasa, keriuhan di Pasar, dan trafik. Seterusnya Steady Narrow Band Noise iaitu tenaga bunyi tertumpu kepada ulangan tertentu seperti mesin rumput, gergaji rantai, dan pengetam. Selain itu, Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang pendek seperti letupan, tembakan, senjatapi, Repeated Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang berulangan seperti memaku, memahat, dan akhir sekali Intermittent Noise iaitu seperti pengangkutan udara dan lalulintas.


4.2 Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi


4.2.1 Menggangu Persekitaran


Kesan-kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau. Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persikitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan memberi masalah kepada manusia juga.


4.2.2 Masalah Pendengaran Manusia


Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan


Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu meningkatkan tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran pupil. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tak dapat dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan