3.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Tanah
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan pencemar ini terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan bertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu.
Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktiviti manusia itu sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, tebus guna tanah yang mengorbankan kawasan terumbu karang, penebangan hutan yang menyebabkan aliran tanah dari darat masuk ke dalam laut, pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal, pembuangan sisa toksik dan sisa nuklear, dan tumpahan minyak menyebabkan tanah tercemar.
3.2 Kesan-Kesan Pencemaran Tanah
3.1.1 Tanah Beracun
Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti pencemaran-pencemaran lain juga. Inya juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami. Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di
3.2.2 Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit
Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Lipas, lalat dan tikus (LILATI) dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.
3.2.3 Kerosakan Tanah dan Kualitinya
Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh- tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombingan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.
3.2.4 Tanah Gersang
Seterusnya tanah juga menjadi gersang atau menjadi tanah gurun disebabkan oleh penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. Usaha pertanian yang dilakukan ke atas tanah yang kurang berkualiti (tidak subur), yang sering berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan, padang ragut yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak, sehingga berlakunya overgizing dan seterusnya padang ragut menjadi gondol, dan pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan penempatan adalah antara punca-punca kejadian tanah gersang.
3.2.5 Membunuh Haiwan Bawah Tanah
Pencemaran tanah ini juga membunuh haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan bawah tanah. Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul ke dalam tanah dan bahan-bahan cemar seperti sisa toksik dan nuklear membunuh haiwan-haiwan bawah tanah tersebut.
3.2.6 Hakisan Tanah
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan