Selasa, 31 Julai 2012

PINGGIR LAUT

1. Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang, iaitu kira-kira 4 800 km.

2. Terdapat pelbagai bentuk muka bumi yang menarik di pinggir laut, contohnya, pantai, teluk, tanjung, tebing tinggi, pulau, pentas benua, gua dan gerbang laut.

3. Di perairan Malasia terdapat kira-kira 270 buah pulau. Pulau-pulau ini menjadi destinasi pelancongan kerana mempunyai pantai yang bersih serta terdapat pelbagai hidupan laut seperti batu karang.

4. Antara pulau yang popular di Malaysia ialah Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Sipadan.

5. Laut di sekitar Malaysia, iaitu Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Sulu adalah cetek kerana terletak di atas pentas benua yang dikenali sebagai Pentas Sunda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan