Proses urbanisasi ialah satu proses perubahan dari segi pertambahan penduduk dan pembangunan fizikal sesebuah kawasan bandar. Pertambahan penduduk bererti bilangan penduduk di sesuatu tempat bertambah dengan cepat berbanding dengan kawasan luar bandar. Ia disebabkan faktor migrasi. Perubahan juga berlaku dari segi jenis kegiatan ekonomi iaitu ekonomi bertukar daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian, perkhidmatan dan perniagaan.
Akhir sekali ialah perubahan fizikal iaitu saiz bandar semakin menjadi luas iaitu pembangunan fizikal bandar menuju ke kawasan luar bandar dan rumah menjadi lebih moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas yang moden dan canggih.
Implikasi urbanisasi ke atas alam sekitar:
- Pembersihan hutan dan pemotongan bukit.
- Gangguan kitaran hidrologi.
- Menjejaskan kualiti air.
- Peningkatan kadar pencemaran udara dan peningkatan suhu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan