Selasa, 31 Julai 2012

2.1 Pola Saliran Di Malaysia

Rajah 1 : Pola Jejari / Sepunca


Pola jejari terbentuk apabila sungai-sungai mengalir keluar dari satu punca ke semua arah. Punca sungai-sungai ini adalah dari kemuncak tanah tinggi atau sebuah tasik di tanah tinggi. Contohnya sungai-sungai du Gunung Kinabalu.




Rajah 2 : Pola Selari

Rajah 3 : Pola Ranting


Pola ranting terbentuk di lembangan sungai yang mempunyai struktur batuan yang sama keras. Pola ini kelihatan seperti pokok yang mempunyai batang, dahan dan ranting. Contohnya Sungai Kinabatangnan dan Sungai Kelantan.

Rajah 4 : Pola Jejala


Pola jejala terdiri daripada beberapa cawangan sungai utama. Cawangan-cawangan ini mempunyai banyak anak sungai kecil dan pendek. Anak-anak sungai ini mengalir bersudut tepat memasuki cawangan-cawangan. Pola jejala terbentuk di kawasan hulu yang mempunyai lapisan batuan keras berselang-seli dengan batuan lembut. Contohnya, Sungai Perak.

Selain itu, terdapat beberapa pola saliran lagi, iaitu pola sejajar, pola setumpu dan pola bersirat.


Pola sejajar terbentuk apabila anak-anak sungai mengalir dan bercantum dengan sungai utama secra selari. Pola sungai seperti ini dapat ditemui di kawasan yang bercerun curam seperti di Sungai Sittang, Myanmar.


Pola Setumpu terdapat di kawasan tanah rendah. Pola ini terbentuk apabila sungai mengalir masuk ke kawasan paya atau tasik. Contohnya Tasik bera, Pahang. Sungai-sungai di Tasik Bera adalah satu-satunya pola saliran setumpu di Malaysia.


Pola Bersirat dapat ditemui di kawasan delta dan dataran banjir. Pola ini terbentuk apabila aliran sungai menjadi pelahan kerana memasuki kawasan tanah pamah. Jenis saliran ini banyak mempunyai alur sungai yang bersirat atau berjalur antara satu dengan yang lain. Contoh sungai-sungai yang mengalir di Delta Mekong, Delta Nil dan Dataran Ganges.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan