Selasa, 31 Julai 2012

1.1.C Bentuk Muka Bumi Akibat Pemendapan Ombak


1. Pemendapan ombak membentuk pantai, beting pasir, anak tanjung (tetanjung) dan tembolo. Terdapat dua jenis pantai, aitu:


a. Pantai berpasir

b. Pantai gersik yang berbatu kecil


1. Pantai terbentuk akibat pemendapan pasir, kelikir dan batu oleh ombak


2. Di pinggir Malaysia terdapat banyak pantai berpasir yang digemari oleh para pelancong.



Beting Pasir, Anak Tanjung, Lagun dan Tembolo

1. Beting pasir terbentuk akibat pemendapan pasir di luar dan selari dengan pinggir laut.


2. Anak tanjung ialah tanjung yang terbentuk akibat pemendapan pasir di hadapan teluk atau muara dengan satu hujungnya bercantum dengan daratan.


3. Lagun ialah kawasan air laut yang dipisahkan dari laut oleh anak tanjung.


4. Tembolo ialah beting pasir yang menyambungkan pulau dengan daratan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan