1. Kadar hakisan ombak bergantung kepada jenis batuan dan kekuatan ombak.
2. Ombak menghakis batuan melalui empat cara, iaitu
a - tindakan hidraul
b - lagaan
c - kikisan (lelasan) dan
d - larutan
a - Tindakan Hidraul
Berlaku apabila ombak yang memukul permukaan batuan, memanpatkan udara di dalam rekahan dan retakan. Selepas pukulan ombak, udara dilepaskan semula dan menyedut perkuaan batuan. Proses berulangan ini menyebabkan batuan retak, pecah, relai dan runtuh.
b - Lagaan
Berlaku apabila batuan yang di bawa ombak berlaga sesama sendiri. Proses ini menyebabkan batuan dipecahkan kepada kepingan yang lebih kecil.
c - Kikisan (lelasan)
Berlaku apabila ombak menggunakan serpihan dan ketulan batuan sebagai alat untuk mengikis permukaan batuan cerun yang dipukul ombak.
d - Larutan
Berlaku apabila air ombak bertindak ke atas mineral batuan, miaslnya cenuram batu kapur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan