Isnin, 12 September 2011

PULAU HABA

Pulau haba ditakrifkan sebagai peningkatan suhu sesebuah bandarberbanding suhu di kawasan sekitar. Contohnya, suhu di Lembah Klang (Kuala Lumpur) ialah beberapa darjah Celsius lebih tinggi daripada kawasan sekitarnya. Kawasan bandar menjadi pulau haba.

Faktor-faktor yang menyebabkan fenomena pulau haba :
~bangunan konkrit dan permukaan berturapmenyerap dan menyimpan haba lebih cepat daripada tanah dan tumbuhan di luar bandar
~susunan bangunan yang rapat menghalang laluan tiupan angin
~binaan bangunan yang terdiri daripada cermin dan kaca juga memerangkap haba
~konkrit dan asfalt juga membebaskan haba secara perlahan-lahan pada waktu malam
~sisa haba daripada penyaman udara, kilang dan kenderaan bermotor
~pencemaran di bandar - karbon dioksida, wap air dan zarah menyerap dan membalikkan sebahagian daripada sinaran gelombang panjang. Jika tidak, sinaran ini akan terus naik ke angkasa.
~kekurangan tumbuh-tumbuhan untuk menyerap haba matahari. Tumbuh-tumbuhan mampu menyerap gas karbon dioksida dan menyederhanakan suhu. Tetapi di kawasan bandar kekurangan tumbuh-tumbuhan. Ini menyebabkan bandar menjadi panas.

Kesan Pulau Haba :
~keselesaan terjejas kerana suhu panas dan mengganggu aktiviti kehidupan penduduk bandar.
~bahan binaan dan reka bentuk bangunan terpaksa diubahsuai
~penggunaan tenaga akan bertambah untuk menyejukkan keadaan yang akan menambahkan kandungan gas rumah hijau.
~kawasan bandar berjerebu. Jerebu berlaku kerana asap dan habuk dari kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap secara terbuka.
~menjejaskan kesihatan penduduk terutama golongan kanak-kanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan