Kajian tempatan dan antarabangsa mengesahkan paras air laut semakin meningkat akibat daripada pemanasan global. Menurut Laporan Penilaian Perubahan Iklim Keempat oleh Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim(IPCC) yang dikeluarkan pada 2007, mempunyai bukti yang kukuh paras air laut meningkat secara beransur-ansur pada abab ke-20 dan semakin serius pada abab ini. Fenomena ini akibat daripada dua punca utama iaitu;
i. pengembangan air laut akibat daripada faktor haba
ii. pencairan bungkah ais
Kajian Ketua Program Geoinformasi, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Khali Aziz Hamzah bersama rakannya Hamdan Omar, bertajuk 'Vulnerability Asserment of Coastal Zones' yang menjangkakan peningkatan tambahan 48 sentimeter air laut menjelang 2100, dua kali ganda kadar peningkatan untuk abab ke-20.
Menurut kajian itu, peningkatan paras laut mengakibatkan banjir dan hakisn. Kenaikan 1 cm akan menghakis pantai 1 meter secara mendatar.
Bersumberkan kajian Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada tahun 2008, menyatakan 40 meter tanah di 133 lokasi sepanjang pantai Malaysia hilang setiap tahun, berpunca daripada pelbagai faktor termasuk pwningkatan air laut serta hakisan.
Hasil dari pelbagai kajian itu selari dengan penemuan pakar Fakulti Kejuteraan Awam dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), bahawa beberapa bandar di kawasan rendah di negara ini, terutama berhampiran pantai, berkemungkinan akan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena peningkatan paras laut dan akibat pemanasan global.
Penemuan pakar UTHM itu berdasarkan analisis data paras air laut yang direkodkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak tahun 2004 hingga awal tahun ini (2011) menunjukkan paras air laut negara meningkat secarata purata 10 cm setiap tahun.
Menurut Laporan Iklim Dunia, pada tahun 2007 purata peningkatan air laut global berlaku pada kadar 1.8 milimeter (mm) setahun antara tahun 1961 hinnga tahun 2003. Bagaimanapun, peningkatan itu bertambah pantas kepada 1.3 mm sepanjang tahun 1993 hingga 2003.
Sementara itu , perunding alam sekitar, Brent Hoare yang juga Pengarah Eksekutif Green Cooling Association yang berpengkalan di Australia, mengakui fenomena peningkatan aras air laut kini menjadi kebimbingan global, termasuk dakwaan ia bakal menenggelamkan beberapa kawasan di negara tertentu.
Brent Hoare
Perunding Alam Sekitar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan