GEOGRAFI dan ANDA

Cintai Geografi Alam Sekitar Selamat

Jumaat, 24 September 2010

TRIAL GEOGRAFI PMR 2009

SOALAN GEOGRAFI TRIAL PMR 2009 - KEDAH
SOALAN GEOGRAFI TRIAL PMR 2009 - PAHANG
SOALAN GEOGRAFI TRIAL PMR 2009 - PERAK
SOALAN GEOGRAFI TRIAL PMR 2009 - PERLIS
SOALAN GEOGRAFI TRIAL PMR 2009 - SABAH
Dicatat oleh scouts kuala nerang di 9:35 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: TRIAL PMR 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

PENGUNJUNG

ARTIKEL/MAKLUMAT

  • 1.1 Tindakan Ombak
  • 1.1.A Hakisan Ombak
  • 1.1.B Bentuk Muka Bumi Hakisan Ombak
  • 1.1.C Bentuk Muka Bumi Akibat Pemendapan Ombak
  • 2.0 SUNGAI DI MALAYSIA
  • 2.1 Pola Saliran Di Malaysia
  • 2.2 Profil Panjang Sungai
  • 2.3 Profil Rentas Sungai
  • 2.4 Kepentingan Sungai Di Malaysia
  • ALAM SEKITAR
  • Apa itu pemuliharaan?
  • Apa itu urbanisasi?
  • Apakah Agenda 21...?
  • Apakah Protokol Kyoto..?
  • BENTUK MUKA BUMI MALAYSIA
  • BERPETUALANG KE TANAH ACHEH DARUL SALAM
  • DEFINISI GEOGRAFI
  • FORUM
  • GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI
  • GURU CEMERLANG
  • Hujan Asid
  • Hutan: Pengenalan dan kepentingannya kepada atmosfera
  • INFO
  • JELAJAH THAILAND
  • JELAJAH THAILAND - 4/12/201
  • JENIS TANIH
  • KEMAHIRAN BELAJAR
  • KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR
  • KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
  • Kesan-kesan kegiatan perikanan terhadap alam sekitar
  • KOLEKSI SOALAN SOALAN GEOGRAFI PMR
  • KOLEKSI SOALAN SOALAN GEOGRAFI SPM
  • KURSUS
  • LAPAN NILAI 1MALAYSIA
  • MENDEKLAMASI PUISI GEOGRAFI DAN PIDATO GEOGRAFI TINGKATAN 6
  • MERDEKA
  • PANDUAN MENCATAT NOTA
  • PANORAMA NEGERI KEDAH
  • PEMBUKTIAN KEBENARAN AL-QURAN
  • PENAMBAKAN LAUT
  • Pengurusan sumber
  • PENIPISAN LAPISAN OZON
  • PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2012
  • Persidangan Rio De Janeiro
  • PERTANDINGAN MENGARANG PUISI GEOGRAFI
  • PERUBAHAN ARAS LAUT
  • PETA
  • PETUA UNTUK CEMERLANG
  • PINGGIR LAUT
  • SENARAI VIDEO
  • SOALAN GEOGRAFI PMR 2005 - 2011
  • SOALAN PERCUBAAN GEOGRAFI PMR 2008 - 2011
  • TIPS BELAJAR GEOGRAFI
  • TOKOH
  • TRIAL 2012 - GEOGRAFI
  • TRIAL PMR 2008
  • TRIAL PMR 2009
  • TRIAL PMR 2010
  • TRIAL PMR 2011
  • VIDEO = Letusan Gunung Berapi

MUAT TURUN

KAMUS GEOGRAFI
GEOMORFOLOGI PINGGIR LAUT
Soalan-Soalan Ulangkaji Geografi Alam Sekitar Fizikal - STPM
NOTA GEOGRAFI STPM

xxxx
TEMA 2 : SISTEM GEOMORFOLOGI


KOLEKSI SOALAN GEOGRAFI PMR
SOALAN PMR 2005 - 2009
TRIAL PMR 2012
TRIAL PMR 2011
TRIAL PMR 2010
TRIAL PMR 2009
TRIAL PMR 2008
SOALAN PMR 2005 - 2010
SOALAN LATIHAN - MENGIKUT TEMA

KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2010

KOLEKSI SOALAN GEOGRAFI SPM



Senarai Blog Saya

  • PENGAKAP SMK KUALA NERANG
    EKSPEDISI BERJALAN KAKI 40 KM
    11 tahun yang lalu

Al-Idrisi Pelopor Ilmu Geografi

ARKIB : 15/02/2011 ( Utusan Online )



Globe yang dihasilkan oleh al-Idrisi semasa pemerintahan Roger II Raja Sicily.


AL-IDRISI atau nama lengkapnya Abu Abdillah Syarif al-Idrisi, dilahirkan pada tahun 493 H di Ceuta (sekarang di sempadan antara Maghribi dengan Sepanyol).

Para penulis Barat menyatakan bahawa Al-Idrisi mula menimba ilmu di Cordova, Sepanyol. Malah beliau juga turut melakukan perjalanan yang jauh termasuk ke Afrika Utara.

Para ilmuwan Barat memberi pujian kepada beliau sebagai salah seorang ahli geografi yang tiada tandingan.

Salah satu kitabnya, iaitu kitabNazhat al-Mushtaq fi Ikhtiraq al-Afaq atau Temasya Orang-orang Yang Rindu Untuk Menjelajah Ufuktelah diterbitkan di Perancis dalam bentuk ensiklopedia dan dianggap sebagai buku ilmiah yang asli dan paling besar pengaruhnya pada Abad Pertengahan.

Buku tersebut turut mendapat perhatian ilmuwan Barat, Barone yang menyatakan: "Buku geografi al-Idrisi tiada bandingannya dengan buku geografi mana sekalipun sebelumnya dan sentiasa dijadikan sebagai rujukan oleh para penulis sejarah dan geografi di sebahagian kota-kota besar dunia ketika itu."

Pada tahun 1129-1140 M, iaitu ketika pemerintahan Raja Sicily, Roger II, Al-Idrisi melaksanakan program penelitian dan telah menghadiahkan sebuah bola bumi (globe) yang diperbuat daripada perak.

Malah kitab yang berjudul Nazhat al-Mustaq fi Ikhtiraq al-Agaq atau disebut sebagai Kitab Rujar telah diabadikan sebagai The Book of Roger kerana ia merupakan dorongan daripada Raja Sicily itu sendiri.

Selain itu, Al-Idrisi juga telah mencipta 71 buah peta. Pada tahun 1931, peta tersebut telah dipisahkan lalu dicetak dengan warna dan telah diterjemahkan dalam bahasa Latin. Bagaimanapun, pada tahun 1951, peta tersebut dicetak dalam bahasa Arab.

Kitab karangan Al-Idrisi yang lain, berjudul Al-Adwiyah al-Mufradat juga turut ditemui oleh H. Ratter di Perpustakaan Fatih di Istanbul pada tahun 1928.

Meskipun naskhah tersebut kurang lengkap, namun karyanya itu kerap disebut oleh al-Baytar.

Malah dalam kitabnya itu, beliau menghasilkan sinonim-sinonim untuk setiap ubat-ubatan termasuk ubat bius di dalam 12 bahasa.

Bagaimanapun, teks lengkap daripada bukunya yang berjudul The Book of Roger telah diringkaskan dan terdapat banyak bahagian yang diolah tanpa alasan yang jelas dan meyakinkan.

Al-Idrisi Bapa Geografi Islam

Summary:Al-Idrisi adalah seorang ahli geografi dan kartografi Islam terkemuka di Zaman Pertengahan. Keturunan Rasulullah ini telah menghasilkan banyak peta yang hampir menyamai peta-peta hari ini. Christopher Columbus sendiri menggunakan peta yang dilukis berdasarkan peta al-Idrisi semasa pelayarannya.

Peta yang dihasilkan oleh al_Idrisi dalam tahun 1154

Al-Idrisi paling terkenal di Barat sebagai seorang ahli geografi yang membina sebuah glob sfera perak berukuran berat 400 kg untuk Raja Roger II dari Sicily. Sesetengah sarjana menganggap beliua sebagai ahli geografi dan pelukis peta terhebat semasa Zaman Pertengahan. Beliau juga membuat sumbangan tulen dalam tumbuh-tumbuhan perubatan. Abu ‘Abd Allah Muhammad ibn Muhammad ibn ‘Abd Allah ibn Idris al-Sharif dilahirkan pada tahun 1099M di Ceuta, Sepanyol. Beliau juga dikenali dengan nama pendek beliau iaitu al-Sharif al-Idrisi al-Qurtubi. Beliau adalah keturunan langsung Nabi Muhammad s.a.w.Al-Idrisi mendapat pendidikan di Cordova. Seperti apa yang lazim bagi ahli geografi Muslim, beliau mengembara ke banyak tempat yang jauh termasuklah Eropah untuk mengumpul data geografi. Ahli-ahli geografi Muslim pada zaman beliau sudah pun membuat pengukuran tepat bagi permukaan bumi, dan beberapa peta dunia telah tersedia ada. Al-Idrisi menggabungkan apa yang tersedia ini dengan penemuan beliau sendiri. Disebabkan pengetahuan beliau mengenai semua bahagian dunia yag diketahui ini, beliau menjadi terkenal dan mula mendapat perhatian pelayar-pelayar Eropah dan perancang-perancang ketenteraan.Kemasyhuran dan kecekapan al-Idrisi akhirnya membawa kepada perhatian Roger II, Raja Sicily berketurunan Norman yang menjemput beliau untuk menghasilkan peta dunia terkini. Adalah patut disebutkan bahawa Sicily pernah berada di bawah pemerintahan Muslim sebelum Raja Roger, yang hasil karya orang-orang Islam tersedia dengan bebas untuk dihantar ke Eropah melalui Barat Latin. Al-Idrisi menghasilkan sebuah bola perak berukuran berat 400 kg dan dengan teliti mencatatkan di atasnya tujuh benua berserta laluan-laluan perdagangan, tasik dan sungai, bandar-bandar utama, dataran dan gunung-ganang. Beliau juga memasukkan maklumat seperti jarak, panjang dan ketinggian yang sesuai. Glob beliau disertakan dengan buku beliau al-Kitab al-Rujari (Buku Roger). Beliau juga membuat satu perlambangan dunia yang diketahui di atas sebuah ceper.Buku al-Idrisi Nuzhat al-Mushtaq fi Ikhtiraq al-Afaq (Hiburan Bagi Mereka yang Inginkan Pengembaraan Merentasi Ufuk) adalah sebuah ensiklopedia geografi yang mengandungi peta dan maklumat terperinci mengenai negara-negara Eropah, Afrika dan Asia. Kemudiannya, beliau menyusun sebuah ensiklopedia yang lebih komprehensif berjudul Rawdat al-Nas wa Nuzhat al-Nafs (Taman Manusia dan Hiburan Jiwa). Pengetahuan al-Idrisi mengenai Niger sehingga ke Timbuktu, Sudan dan kepalair Sungai Nil adalah istimewa kerana ketepatannya. Al-Idrisi juga membuat sumbangan besar dalam sains tumbuh-tumbuhan perubatan dan telah menulis beberapa buah buku. Yang paling popular ialah buku yang berjudul Kitab al-Jami’ fi Safat Ashtat al-Nabatat. Beliau menyemak dan mensintesis semua karya mengenai subjek tumbuhan perubatan dan menggabungkan ubat-ubatan yang tersedia kepada beliau daripada saintis-saintis Muslim dan menambahkan koleksi kajian beliau daripada pengembaraan-pengembaraan kepadanya. Beliau menyumbang bahan ini kepada subjek botani dengan penekanan terhadap tumbuh-tumbuhan perubatan. Beliau menerangkan nama-nama ubatan dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Barbar, Suryani, Parsi, Hindi, Yunani dan Latin. Al-Idrisi juga menulis mengenai zoologi dan fauna. Al-Idrisi meninggal dunia pada tahun 1166M.Al-Idrisi menjadi terkenal di Eropah lebih daripada ahli-ahli geografi Muslim lain kerana kapal-kapal dan pelayar-pelayar dari laut utara, Atlantik dan Mediterranean kerap singgah di Sicily yang berada di tengah laut Mediterranean. Beberapa buah buku beliau diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan buku beliau mengenai geografi popular untuk beberapa abad. Terjemahan salah satu buku beliau diterbitkan pada tahun 1619 di Rom. Terjemahan ini merupakan satu edisi ringkasan dan penterjemah tidak merujuk kepada al-Idrisi. Adalah menarik bahawa Eropah memerlukan beberapa kurun untuk memanfaatkan glob dan peta dunia beliau. Christopher Columbus telah menggunakan peta yang pada asalnya diambil daripada hasil kerja al-Idrisi.

Maklumat lain tentang al-Idrisi:
1. http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_al-Idrisi
2. http://www.ummah.net/history/scholars/IDRISI.html
3. http://www.clarklabs.org/about/More-About-Al-Idrisi.cfm
4. http://www.saudiaramcoworld.com/issue/197704/al-idrisi.and.roger.s.book.htm
5. http://sio.midco.net/dansmapstamps/alidrisi.htm
6. http://www.bestofsicily.com/mag/art91.htm
7.

MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI KEDAH

AHLI JAWATANKUASA MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI KEDAH 2009-2011

PENAUNG

:

Tn Hj Abdullah bin Saad,

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah

PENASIHAT

:

Tn. Hj Asmee bin Tajuddin

Ketua Sektor Pengurusan Akademik,Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

:

Tn Hj Ahmad Rusli bin Din

Ketua Nazir Sekolah Negeri Kedah

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutan,Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit

05604 Alor Star. Tel: 04-7001458 / 04-7001456 Faks : 04-7001460

PENYELARAS

( JPN )

:

En. Mubarak Ali bin Rakhir Mohamed

Ketua Penolong Pengarah,Sektor Pengurusan Akademik ,

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.Tel: 019-4456666 /mubarakhir@yahoo.com/mubarakarm@gmail.com

PENYELARAS

( JNS )

:

Dr Azman bin Abbas

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutan,Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit

05604 Alor Star. Tel : 047001456 / 04-7001458

YANG DIPERTUA

:

Hj.Rodzli bin Hashim

SMK Dato’Syed Omar, Alor Star (Tel: 04 732 1607(S) / Faks: 04 730 9690) / Hp 012 475 8442 / rodzli_mgc@yahoo.com / rodzli@streamyx.com)

NAIB YANG DIPERTUA 1

:

Hj.Samsudin bin Md.Noor

Sekolah Model Khas Baling (Hp:019 446 6303) / din_194@yahoo.com

NAIB YANG DIPERTUA 2

:

Hj. Abd.Halim bin Saad

SM Teknik Alor Star (hp: 019 477 6825 ) / abdhalim5267@yahoo.com.my

SETIAUSAHA 1

:

Hj.Sadli bin Abdullah

SMK Syed Ibrahim,Pendang Kedah ( P : 04-7596273 / Faks: 04-7595422 / Hp: 013 4245 797) / hjsadli@yahoo.com

SETIAUSAHA 2

:

Hjh.Badariah bt Idris

SMK Dato’ Syed Omar, Alor Star, Kedah (Hp…:019 454 9200) / bad_10554@yahoo.com

BENDAHARI

:

Mariani bt Che Hanafi

SMK Bandar Baru Darulaman, 06000 Jitra, Kedah (Hp:0134660564) / marihasmari@yahoo.com.my

AHLI -AHLI

:

KEBAJIKAN

:

Tajudin bin Mohd . Ali

SMK Bedong, Bedong (Hp: 012 562 5444) /smkbedong.ppdkmy@gmail.com

PENERBITAN

:

Rohiza bt Ahmad

SMK Tunku Sofiah, 05460 Alor Setar (Hp: 0194473268) / rohiza3267@yahooo.com

DATA

:

Mohd Jamil bin Ibrahim

SMK Pendang, 06700 Pendang (Hp: 019 569 6074) / jamil_smkp@yahoo.com

PROFESIONALISME

:

Normah bt Baharom

SK Tunku Raudzah, 05460 Alor Setar. (Hp: 0134248490) / normah_1956@yahoo.com.my

LAMAN WEB

:

Zamzuri bin Ismail

SMK Badlishah, 09000 Kulim. (HP : ) / smkbadlishah@ppdkbb.net

DOKUMENTASI dan FOTOGRAFI

:

En.Abu Bakar Bin Saad

SK Tunku Putra, Baling ( hp:019 5021965 ) / abssktp63@yahoo.com

PENGERUSI DAERAH KOTA SETAR

:

Hajar bt Lat

SMK Tunku Abdul Malik, 05250 Alor Star (Hp: 019 6625651) hajarlat@ymail.com

PENGERUSI DAERAH KUBANG PASU

:

Khalid bin Saad

SMK Bandar Baru Darul Aman, 06000 Jitra (Hp: ) / smkbbd.ppdkp@gmail.com

PENGERUSI DAERAH LANGKAWI

:

Mohd Puzi B. Badri

SMK Kedawang,Langkawi (Hp:012 474 6164 ) / cgpuzi@yahoo.com

PENGERUSI DAERAH PENDANG

:

Umazah bt Omar

SMK Sungai Tiang, 06700 Pendang (Hp: 017 4820025) / umazahomar@yahoo.com.my

PENGERUSI DAERAH KUALA MUDA/YAN

:

Mohd Zaki b. Abdullah,

SMK Khir Johari,Sungai Petani (Hp: 012 583 6246) / pge501@streamyx.com

PENGERUSI DAERAH BALING/SIK

:

Hj Mohd Tohir bin Saad

SMK Agama Baling, ( Hp:019 425 7533 ) / hjtohir@yahoo.com

PENGERUSI DAERAH KULIM/BANDAR BAHARU

:

Mohd Sabri bin Mohd Noor

SMK. Junjong, 09000 Kulim (Hp: 019 4565048) / ustazsabrigcpi@yahoo.com

PENGERUSI DAERAH

PADANG TERAP

:

Che Nuranuwi bin Abd Hamid

SMK Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang (Hp: 019 4102431) nuranuwi@yahoo.com

SEDIA BERKHIDMAT

SEDIA BERKHIDMAT
BUAT HABIS BAIK

Mengenai Saya

Foto saya
scouts kuala nerang
Lihat profil lengkap saya

Sumbangan Islam Dalam Geografi dan Pelayaran

SUMBANGAN ISLAM DALAM GEOGRAFI

b Anon

GEOGRAFI DAN PELAYARAN

Pengenalan

Ilmu geografi merupakan suatu perkara yang amat penting bagi umat Islam, kerana dari ilmu inilah akan dapat diketahui di mana letaknya Makkah yang menjadi kiblat umat Islam dan juga tempat mereka menunaikan fardhu haji. Hasil daripada kesungguhan mereka mempelajari ilmu ini sejak abad ke-1H/7M lagi umat Islam berjaya sampai ke hujung selatan benua Afrika dan Bahagian Utara pula telah sampai ke Rusia.


Tokoh Geografi dan pelayaran Islam

1. Sulaiman
Buku pertama dalam bidang ini telah dihasilkan pada tahun 273H/851M. Buku ini memuatkan laporan-laporan perjalanan Sulaiman al-Tajir yang berasal dari Siraf, ke negeri China dan India. Sulaiman melaporkan bahawa orang China menggunakan cap jari sebagai tandatangan.

2. Thabit Ibn Qurrah (289H/901M)
Beliau telah menterjemahkan karya-karya Ptolemy berhubung dengan beberapa tempat di bumi berdasarkan letaknya Latitud dan Longitud.

3. Ibn Khurdazbih
Beliau berketurunan Parsi telah menghasilkan sebuah buku geografi yang amat bernilai pada tahun 232H/846M yang diberi judul "Kitab al Masalik wa al-Mamalik". Buku yang bernilai khusus tentang topografi ini dikatakan merupakan karya pertama dalam bidang ini yang ditulis secara bebas. Ia telah dipergunakan oleh Ibn Faqih, al-Maqdisi, Ibn Hawqal dan penulis-penulis geografi lain pada masa selepasnya.

Abu AbdullahAl-Battani (868- 929M)
Al-Battani dikenali di Barat dengan nama Albategnius. Beliau amat terkenal dalam bidang matematik dan astronomi. Penemuan beliau yang agung termasuklah menetapkan tahun syamsiah menepati penemuan pada hari ini, iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Battani juga menonjol dalam bidang trigonometri dan matematik. Beliau memperincikan kaedah kiraan dengan menggunakan konsep sinus dan tangen. Buku-buku beliau dalam bidang astronomi diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad kedua belas di bawah tajuk De scienta stellerum — De numeris stellerum et motibus. Copernicus dalam bukunya, De Revolutionibus Orbium Clestium menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada Al-Battani.

5. Ibn Batuta (704 – 779H / 1304 – 1372M) – Bapa Pelayaran
Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Ibrahim Al Lawati iaitu ahli geografi dari Moroko. Lahir di Tanja, dan mati di Marakas, Moroko, berketurunan Libya. Beliau sangat meminati pelayaran dan pengembaraan dan telah menjelajah negara-negara Asia, Afrika dan Timur Eropah yang memakan jarak sejauh 120 ribu kilometer selama 38 tahun . Beliau sangat prihatin dalam pengembaraan. Apabila memasuki sesebuah negara, ia akan bertanya segala yang menyentuh pakaian, makanan, kebudayaan dan peralatan. Beliau pernah dilantik menjadi kadi di Delhi, India ketika mengembara di sana dan beberapa kali diutus menjadi wakil di beberapa tempat. Pengembaraannya yang masyhur ialah pada 1/3 yang terakhir , ketika menjelajahi negara Afrika dan negara-negara Islam. Selepas itu beliau menetap di Pas, Maghribi bagi mentafsirkan hasil pengembaraannya. Salah seorang dari penulis Dar al Ifta’ di Pas iaitu Mohd. Ibn Juzu telah menyunting buku beliau dan menyusunnya dengan gaya bahasa yang teratur. Ada di kalangan pengkaji barat meragui sebahagian pengembaraan Ibn Batuta tetapi pendapat ini ditolak dan diakui oleh pengkaji yang lain. Pengembaraan Ibn Batuta disebarkan dalam buku “Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa” oleh Ibn Juza. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

Ibnu Majid
Nama lengkap beliau ialah Sihabuddin Ahmad bin Majid bin Amr ad-Duwaik bin Yusuf bin Hasan bin Husain bin Abi Ma'lak as-Sa'di bin Abi ar-Raka'ib an-Najdi. Tidak diketahui tanggal lahir dan kematiannya. Namun, beberapa sumber sejarah menyebut beliau hidup pada abad 9 H atau 15 M. Keluarga Ibnu Majid berasal dari daerah Gurun Nejd, Yaman.Lautan menjadi tempat yang tak asing bagi Ibnu Majid sejak kecil lagi. Beliau sering mengikuti pelayaran yang dilakukan ayahnya di kawasan Laut Merah. Ketika meningkat dewasa, pelayaran bersama kawan-kawannya dilakukan tidak hanya di kawasan Laut Merah, tetapi sudah melangkau Samudra Hindi. Penguasaannya ke atas kawasan Samudra Hindi mendorong dirinya membuat catatan-catatan khusus dalam bidang ini. Ayah Ibnu Majid sendiri telah merintis penulisan buku tentang pelayaran yang diberi judul al-Hijaziyya. Buku ini membahas tentang kondisi lautan sekitar kawasan Hijaz. Ibnu Majid pula mengikuti jejak ayahnya dengan menulis buku-buku tentangpelayaran yang lebih luas dan mendalam. Beberapa karangannya menjadi pedoman pelaut ketika itu dalam mengharungi samudra yang luas. Kepandaian Ibnu Majid dalam perhitungan pelayaran mencapai puncaknya ketika ia berhasil membuat kompas dengan 32 arah mata angin. Kompas yang jauh lebih baik daripada kompas buatan ahli-ahli pelayaran lain ketika itu, terutama orang Mesir dan Moroko yang merupakan bentuk awal kompas moden.
Sumber Bahan : http://titas-haba.blogspot.com/search/label/Geografi

Bapa Geografi Fizikal dan Manusia


Patung Alexander Von Humboldt Statue ( Bapa Geografi Fizikal dan Manusia ) diabadikan di hadapan Humboldt University.
Dapatkan maklumat lanjut di sini
Tema Ringkas. Dikuasakan oleh Blogger.