Kenapa ramai pelajar geografi kata geografi itu susah? Bagaimana dengan pelajar-pelajar yang lain?
Sedikit tips untuk berjaya dalam mempelajari geografi.
1. Tanamkan minat terlebih dahulu dengan pelajar geografi.
2. Tumpukan perhatian semasa guru mengajar.
3. Kalau tak faham, jangan malu, sila bertanya dengan guru.
4. Buat ulangkaji di rumah selepas kembali dari sekolah.
5. Buat nota ringkas kalau boleh dalam bentuk peta minda.
6. Bagi yang melibatkan pengiraan pelajar kena buat banyak latihan misalnya dalam mengira waktu, bearing, jarak, luas, kecerunan dan yang lain-lain.
7. Banyakkan buat latih tubi. Di galakan menggunakan buku yang menyediakan soalan mengikut bab-bab tertentu. Jadikan diri sebagai pelajar,guru dan pemeriksa.
8. Soalan yang melibatkan essei,pastikan buat latihan dan setkan masanya.Serah pada guru untuk dinilai.
9. Banyakan latihan-latihan mengenai peta kerana mudah dapat markah.
10. Akhir sekali jangan lupa berdoa dengan Tuhan agar diberikan kita kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan