Oleh: Hj. Rodzli Hashim
Guru Cemerlang Geografi SMK Dato’ Syed Omar,
Lebuhraya Sultanah,05350 Alor Star, Kedah
rodzli_mgc@yahoo.com
Pengenalan
1.1 Pelanggan utama guru iaitu pelajar dalam sebuah kelas berasal dari berbagai latar belakang keluarga, masyarakat, emosi, tahap pengetahuan dan persekitaran fizikal tertentu.
1.2 Kepelbagaian latar belakang ini akan mempengaruhi tingkahlaku, pembelajaran, kesediaan belajar dan emosi mereka setiap hari.
1.3 Kegagalan guru mengesan, memahami, membaca dan mentafsir kepelbagaian latar belakang pelajar ini akan memberi impak tertentu terhadap proses P&P guru dan pelajar.
1.4 Oleh itu aspek keprihatinan guru terhadap pelajar semasa P&P amat penting demi memastikan P&P dapat berlangsung dalam suasana harmonis, ceria, difahami, disenangi dan memberi impak mendalam dalam diri pelajar.2.Konsep “keprihatinan guru “
2.1 Keprihatinan guru dalam kertas kerja ini bermaksud guru melakukan pengamatan dan pemerhatian sosial, menzahirkan empati dan simpati terhadap kepelbagaian latar belakang pelajar.
2.2 Pengamatan berlaku dalam aspek :
a) Sosial – tingkahlaku pelajar, komunikasi inter-personal , bentuk dan cara tulisan
b) Emosi – wajah , air muka , gerak badan ( bahasa badan ) , hasil kerja
c) Fizikal – pakaian, kekemasan , kebersihan
2.3 Aspek pengamatan di atas menjadi indikator penting kepada guru untuk memahami latar belakang kehidupan dan peribadi pelajar untuk melangsungkan kesan pengajaran .
2.4 Kegagalan mempraktikan keprihatinan ini mungkin menjadikan :
a) Pelajar tertentu tercicir dari memahami pengajaran guru
b) Pelajar dinafikan haknya untuk memberi penjelasan situasi
c) Hukuman guru bertukar menjadi “deraan” fizikal dan emosid) Pelajar mengalami “defisit “ motivasie) Kelas tidak ceria, penuh ketakutan dan tidak menyeronokkan
3. Impak keprihatinan terhadap P&P guru
3.1 Berdasarkan pemerhatian guru terhadap kumpulan pelajar dalam kelasnya, maka guru hendaklah :
a) Membuat persediaan pengajaran yang baik
b) Menggunakan pendekatan dan kaedah P&P yang berkesan
c) Mengaplikasi kreativiti dan inovasi dalam P&P
d) Menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai
e) Menyediakan bahan bantu mengajar yang serasi dengan kaedah P&P dan kesediaan pelajar.
3.2 Guru bolehlah mengamalkan :
a) P&P mesra pelajar – mengambil kira aspek emosi, hubungan mesra dan “rasa” bertanggungjawab yang tinggi untuk memahamkan pelajar.
b) P&P realistik – pengajaran yang menampilkan contoh sebenar yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar – pengajaran kontekstual, konstruktif
c) P&P berbantukan ICT – penerokaan terus, akses kendiri , alat penyediaan bahan pengajaran atau medium penyampai pengajarand) P&P penyertaan pelajar – pelajar melibatkan diri secara aktif semasa proses P&P
e) Mewujudkan “iklim hubungan guru-murid” yang meransang pembinaan konsep kendiri serta minat pembelajaran.
4. Rumusan
4.1 Keberkesanan P&P ditentukan oleh keserasian kaedah pengajaran guru dengan kesediaan murid untuk menerima pengajaran
4.2 Murid perlu bersedia dari segi emosi, psikologi, kognitif dan motivasi sebelum proses pembelajaran berlangsung.
4.3 Keprihatinan guru terhadap aspek latar belakang diri pelajar menjadi indikator penting untuk memastikan adakah P&P guru berkesan.
Rujukan:
1.Zuraidah Abdul Rahman ( 2006), Fasilitator Kelompok Kecil, IBS Buku, Petaling Jaya
2.Dr Rohizani Yaakob, et.all ( 2003), Pedagogi, Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan, PTS Publication, Pahang
3.Koleksi Kajian Kes Pengurusan Pendidikan Jilid 4,(2004), IAB Genting Highlands
4.Mohd Salleh Lebar ( 1998), Sosiologi Sekolah Dan Pendidikan, Thinkers Library,Selangor.
5.Prosiding Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2008, Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti, Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan