Selasa, 31 Ogos 2010

2.0 PENCEMARAN AIR


2.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Air

Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehinnga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizik. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantai dan lain-lain secara sengaja atau tidak sengaja. Punca utama yang menghasilkan pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang-kilang yang berdekatan dengan sumber air tersebut. Keadaan atau tahap pencemaran sumber air boleh dinilai berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH, dan suhu.

Secara saintifik, pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada beberap jenis iaitu pencemaran fisika, kimiawi, fisiologis dan biologi. Pencemaran fisikal ini ditentukan oleh perubahan warna, suhu dan kekeruhan sumber air tersebut. Punca yang biasanya menyebabkan pencemaran jenis ini ialah seperti pembuangan sampah dan daun-daun yang merupakan medium yang terapung di permukaan air. Manakala pencemaran kimia biasanya disebabkan oleh zat organik termasuk protein, karbohidrat dan lemak dan bahan buangan industri yang mengandungi garam beracun serta tumpahan minyak di laut. Selain itu, juga berpunca daripada persenyawaan organoklor pada insektisida, fungisida dan herbisida. Seterusnya pencemaran fisiologi dapat dikenalpasti daripada bau dan rasa yang tidak menyenangkan pada sumber air. Pencemaran jenis ini disebabkan oleh persenyawaan amina, fluol dan merkaptan. Pencemaran biologi
pula disebabkan oleh mikroorganisma dalam sumber air tersebut seperti bakteria
patogen, virus, protozoa, parasit dan zat toksin.

2.2 Kesan-Kesan Pencemaran Air

2.2.1 Kesan Terhadap Kesihatan Manusia

Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air, tersebut mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air. Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri

2.2.2 Kesan Kepada Kualiti Air

Penggunaan air laut juga terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin dalam sektor janakuasa elektrik merosakkan kualiti air. Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin-mesin dalam sektor ini akan disalurkan semula ke laut. Ini menyebabkan seluruh kawasan saliran laut itu akan menjadi panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar untuk beradaptasi kerana keadaan suhu airnya yang tinggi dan meningkat secara mendadak justeru mengganggu ekosistem hidupan di laut secara perlahan-lahan.

Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain. Bahan-bahan toksid yang bercampur dengan air sungai atau tasik,secara langsung akan mempengaruhi kualiti air minuman. Hal ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa.

2.2.3 Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut

Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya nitrogen, fosforus dan kalium disamping sebatian-sebatian organik terlarut. Oleh itu, nutrien ini menyebabkan risiko pencemaran dilupuskan secara tidak langsung di dalam sungai atau tasik dan menghasilkan keadaan eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut (BOD).

2.2.4 Sistem Air Bawah Tanah Tercemar
Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sisem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

2.2.5 Menjejaskan Keindahan Alam

Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan dunia pada masa kini terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh dengan sampah sarap menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang. Sampah sarap yang dibuang di laut menjadi punca hal tersebut berlaku. Keadaan air laut ataupun sungai yang berbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan cemar yang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidak selesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini.

2.2.6 Banjir
Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. Kesan langsung daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan, dan juga mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan, dan kos meningkat.

2.2.7 Kemusnahan Hidupan Akuatik

Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemran organik serta peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat ke lautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Juru, Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Jejawi, Sungai Kelang, Sungai Perai, Sungai Buloh dan beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan. Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, samada disebabkan oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan- haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan, termasuk manusia.

1 ulasan:

  1. terima kasih. kerana page ini membantu saya dalam kerja kursus saya.

    BalasPadam